Isnin, Januari 3

tambah wang dan biar wang bekerja untuk kita!

Bismillahirrahmanirrahim

sebelum berangkat ke australia, JPA memberikan saya sejumlah wang yang agak banyak. Oleh kerana kurang ilmu dalam pengurusan wang, saya agak boros dalam berbelanja pada tahun awal saya di Australia. Namun, setelah mendapat sedikit nasihat dari sahabat-sahabat, saya memperuntukkan sejumlah wang untuk simpanan. Alhamdulillah.

pulang ke malaysia, saya terbaca buku yang ditulis oleh Pn Hajjah Rohani, CEO Hijrah Wealth Managment Sdn Bhd, saya agak terkesan dengan banyak perkara yang disentuh olehnya terutama mengenai cara kita, iaitu kebanyakan pelajar melayu menyimpan. Iaitu kita hanya MENYIMPAN didalam akaun simpanan biasa.

 sebagai pelajar tajaan luar negara, saya yakin banyak juga wang yang boleh disimpan lebih-lebih lagi jika duit itu ditukar kepada mata wang ringgit malaysia. seperti contoh jika saya berjaya menyimpan aud1000 untuk setahun dan saya bawa pulang ke Malaysia,saya akan memperoleh RM 3000! dan itu bukan jumlah yang sedikit! kalau pelajar yang tak bekerja boleh menyimpan aud1000 setahun, itu belum kira pelajar-pelajar yang buat kerja sambilan kat luar negara..mesti lagi banyak simpanan kan?

kesilapannya, kita hanya akan pulang ke malaysia, convert duit tersebut dan letakkan ia ke dalam akaun simpanan yang kita ada..maybank Wadiah, cimb Islami dll..tahukah sahabat-sahabat sebenarnya kita boleh menjana duit yang lebih lagi dengan membiarkan duit itu bekerja untuk kita?

DUIT BEKERJA?
ya, dan kita yang akan dapat 'gaji'nya! itulah dinamakan pelaburan. Dengan pendahuluan RM1000, dan RM100 setiap bulan. Dan dengan kadar pulangan yang dijangkakan 10%, dalam masa 5 tahun anda dianggarkan akan memperoleh RM 7808, wow! lebih dari cukup untuk buat UMRAH!

jika anda menyimpan aud 134 sebulan (lebih kurang RM400). Dengan pendahuluan yang sama, RM100 dan kadar pulangan dijangkakan 10%, dalam masa 30 tahun, anda dianggarkan akan memperoleh RM 1 000 000 bersamaan 1juta! kalau umur saya sekarang ni 22 tahun, dan saya sudah memulakan pelaburan, saya dah boleh JUTAWAN pada umur 52tahun! =)..jika anda menyimpan lebih, lebih banyak pulangan yang anda akan peroleh dalam masa yang lebih pendek dari 30tahun insha Allah~

saya bersyukur kerana saya didedahkan dengan perancangan kewangan ini pada usia muda, walaupun sedikit kecewa kerana 3tahun setengah, duit elaun biasiswa saya, telah dihabiskan tanpa apa-apa perancangan untuk masa depan saya. jadi, saya tak mahu sahabat-sahabat dan adik-adik mengulang kesilapan sama yang pernah saya lakukan. ayuhlah, kalian insan-insan yang bijak, jesteru menyimpanlah dengan membuat pelaburan. Wang itu akan bekerja untuk anda!

Kenapa dengan akaun simpanan?

tak salah untuk anda menyimpan dalam akaun simpanan biasa, tapi ketahuilah kadar pulangan akaun simpanan biasa anggarannya adalah sekitar 1% ke 3%. Ia sangat sedikit berbanding dengan jika anda melabur wang itu melalui pelaburan iaitu sekitar 10% ke 15%. pilihan di tangan anda dan nasihat saya buatlah pilihan yang BIJAK~

"Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ukhti farhanah..
menyimpan/melabur wang memang langkah yg bijak..tp ingatlah,walau kita melabur/menyimpan banyak wang kertas di bank, smp suatu masa nnt ia tidak akan bernilai apabila nilai mata wang jatuh..dan apabila kadar inflasi mjadi tinggi.

langkah yg plg bijak,simpanlah dgn emas dinar atau perak dirham.nilai dinar dan dirham tidak akan jatuh malah makin meningkat.itulah pelaburan yg paling bijak.

pd bln ogos 2010, 1 dirham = rm13, manakala pd bulan disember 2010, 1 dirham = rm 20.

bukankah ini pelaburan yg plg bijak? ukhti boleh layari mana2 laman web yg membicarakan ttg dinar emas.

wang kerts yg kita miliki akan mjadi tidak bernilai suatu hr nnt.

Ana Farhanah berkata...

En Anonymous,

terimakasih atas pandangan yg diberikan. saya sangat setuju dgn pendapat saudara iA..

apapun pelaburan yang kita lakukan yang penting adalah kefahaman.

benar, mungkin yg dikatakan saudara adalah pelaburan plg bijak dan saya menghargainya.

cuma, misi saya yang terutama adalah utk menyedarkan orang kita betapa pentingnya kita membuka paradigma baru dalam bidang pengurusan kewangan islam. kita sebaiknya melabur dari hanya sekadar menyimpan.

apapun bentuk pelaburan yang dibuat, selagi ia patuh pada syariah, saya akan menyokongnya insha Allah..

moga dgn kefahaman orang islam terhadap produk pelaburan islamic ini,ekonomi islam akan terus melangkah dengan lebih gah, takbir!