Sabtu, Jun 11

Surat Buat Ummi 'Ammar.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Ummi 'Ammar.

alhamdulillah, selesai paper pertama ana,..11 June 2011.

tertengok link Dalam Jiwa Hamba, selepas pemergian pemilik blog ini dua tahun yang lalu, ana sudah pun baca satu persatu post yang Arwah 'Ammar tulis. Subhanallah, benar..dia insan hebat. Dua tahun lalu juga, kerana cukup terkesan dengan pemergian Allahyarham 'Ammar, ana tulis satu post khas untuk beliau disini

Hari ini genap dua tahun. Ana buka semula blog beliau. Ana maklum yang meneruskan penulisan dalam blog itu adalah ummi 'Ammar..tahniah Ummi..ana sendiri masih ingat janji Ummi untuk meneruskan perjuangan anak Ummi, 'Ammar dalam dakwah melalui penulisan melalui blog..dan Ummi tak pernah alpa menunaikan janji itu..Allah besarkan jiwa dan hati Ummi untuk meneruskan perjuangan anak Ummi..Alhamdulillah, Allah selalu bersama Ummi..

Ummi, ana mohon izin..ana hirup semangat Ummi untuk ana teruskan penghidupan di bumi Kanggaroo, Australia ini..ana punya impian yang sama dengan anak Ummi..moga Allah izin ana untuk menjadi mujahidah agama..Mohon doanya ya Ummi..

Ana gembira dengan berita Ummi dapat surat untuk menunaikan haji..Sampai sudah rezeki Ummi untuk menatap Kaabah.ana juga berhasrat untuk menunaikan umrah bulan Januari atau februari 2012 nanti..doakan ya Ummi, moga Allah izin ana untuk menziarahi Baitullah dan Ar Raudhah..rindu sungguh untuk melihat Kaabah dan tanah kelahiran dan perjuangan Nabi Muhammad SAW..rindu dah tertanggung..andai Ummi sampai sana nanti, sampaikan salam ana buat junjungan besar Rasulullah SAW..sampaikan salam rindu ana pada baginda..

Ummi, kita tak pernah bersua muka..jauh sekali mendengar suara..namun ana yakin, hati kita bersatu kerana aqidah dan Cinta Dia..Moga Allah kasih dan cintakan Ummi selalu..Moga Allah beri kesihatan dan kebahagiaan buat Ummi sekeluarga..

Al Fatihah juga buat Allahyarham 'Ammar.

salam sayang buat Ummi sekeluarga..

dari anakanda,
Ana.
Perth,Australia.


"Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

3 ulasan:

Ummu 'Ammar berkata...

Wa'alaikumusalam Ana Farhana,

Ameen atas doa yang Ana berikan, ummi amat terharu atas warkah yang di hantar khas kepada ummi di dlm blog ini, Subhanallah.

Syukur Alhamdullilah atas kurnian nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita semmua.

Insyaallah jika Allah anugerahkan kepada ummi utk sempat menjejakan kaki di Bumi yang mulia ini, tidak akan ummi lupa utk doakan Ana dan akan sampaikan salam kpd Baginda Rasullulah saw.

Akhir kata Ummi doakan Ana berjaya dunia dan akhirat.

Jazakillah, syukran, terima kasih.

Ummu 'Ammar berkata...

Wa'alaikumusalam Ana Farhana,

Ameen atas doa yang Ana berikan, ummi amat terharu atas warkah yang di hantar khas kepada ummi di dlm blog ini, Subhanallah.

Syukur Alhamdullilah atas kurnian nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita semmua.

Insyaallah jika Allah anugerahkan kepada ummi utk sempat menjejakan kaki di Bumi yang mulia ini, tidak akan ummi lupa utk doakan Ana dan akan sampaikan salam kpd Baginda Rasullulah saw.

Akhir kata Ummi doakan Ana berjaya dunia dan akhirat.

Jazakillah, syukran, terima kasih.

Ana Farhanah berkata...

Assalamualaikum ummi,

sangat menghargai doa-doa dari ummi..amin ya rabb..

uhibbukifillah ummi ^_^