Bismillahirrahmanirrahim
Cerita 1:
"Ana! saya nak tanya awak ni..apa ya pendapat awak tentang seorang perempuan yang ada Master nak berkahwin dengan Driver lori?"
fuh, terkezut juga saya diterjah soalan ini, macam kaunselor pulak bunyinya..
Cerita 2:
"Kak ana, saya nak tanyakan..boleh tak kita pasang niat untuk TAKNAK BERKAHWIN?" saya senyum, orang merujuk saya pasal kahwin je ni..pelik juga..
Tapi takpelah, tidak mahu menghampakan hati teman-teman ini, jadi saya berilah pendapat dangkal seorang manusia saya ni..padahal saya pun terkapai-kapai,alahai~
Pendapat 1:
"erm, saya rasa ok jer..menurut cerita awak ni tadi..si pemandu lori ni banyak kemahiran lain, bukan setakat pandu lori je..plus dah ada rumah dan kereta sendiri pun..so, tukaq la sikit..janganlah panggil dia pemandu lori, panggillah dia Mechanic ke..Engineer ke..sebab dia pandai baiki machine kan =D~ dah ada rumah plus kereta tu dah kira lebih hebat dari fresh graduate university..Mudahan family si perempuan boleh terima lelaki tu,insha Allah" panjanglah lagi perbincangan nya, tapi saya cut2 dan edit2 sikit..selebihnya saya hanya mampu berdoa, mudahan si ibu dan si bapa menilai lebih dari sudut agamanya bukan dari sudut sijilnya!
Pendapat 2:
"Erm, memang lah tak boleh..Nanti bila kat padang mahsyar, kita mencari-cari Nabi Muhammad SAW..Sebab nabi yang boleh beri syafaat kepada kita..tiba-tiba bila kita jumpa nabi, nabi kata pergilah kat nabi lain sebab kau ni bukan dari umat aku..ha~ camne? tak sedih time tu? pergi kat nabi lain confirm-confirm lah nabi lain tak terima sebab kita ni adalah umat nabi muhammad SAW yang mulia"
~jadi, janganlah pasang niat yang tak baik tu..Seorang Makcik saya merangkap makcik kesayangan saya..Dia dah pun berumur 50 tahun dan masih single and available..Kerana patuh kepada ibu dan ayah, 3kali risikan ditolak semasa hayat mereka (tak silap ingatan saya lah)..selepas kedua-dua ibubapanya sudah tidak ada lagi di Bintulu, Sarawak. Makcik saya tetap berusaha mencari jodohnya..Dia berhijrah ke Kuala Selangor dan bekerja sebagai pengasuh..Dan semua itu adalah di antara usahanya untuk mencari jodoh dan usahanya untuk menyahut seruan nabi agar tergolong dalam golongan yang diakui umat..ini kan kita yang baru berumur sekitar 20an,30an (atau apapun #an)? Jangan putus asa =)
oh, lagi satu..seorang sepupu saya pernah berkongsi satu perkongsian yang diperoleh dari Dr Mashitah..
"Wanita itu MENCARI, dengan MEMPERBAIKI DIRI dan BERDOA!"
dan saya tambah lagi satu, kene follow up dengan USAHA! sukahati saya je tambah-tambah kan?itulah sunatullah..bayangkan juga, kalau perbaiki diri dan berdoa tapi dok dalam rumah, siapa yang akan kita jumpa? erm, faham dah rasanya kesimpulan saya nih..=)
beberapa kisah yang saya tempuhi membuat saya kagum..ramai wanita yang cukup pemalu dan solehah meminang lelaki soleh yang dirasakan layak untuk menjadi calon suaminya..saya kagum dengan keberanian bidadari-bidadari syurga ini menyusuri tauladan Siti Khadijah RA yang penuh ibrah..moga usaha kalian di rahmati allah dan diredhai olehNya..kagum juga saya dengan ketepatan kalian meletakkan MALU dan BERANI pada tempatnya..dan ini adalah salah satu USAHA =)
Jadi, kalau boleh janganlah letak niat taknak kahwin tu..rugi nanti bila Rasulullah yang mulia tak mahu mengaku kita ummatnya..kalau dah terdetik, istighfarlah..Allah maha pengampun..
so, tips nak mencari?
PERBAIKI DIRI+DOA+USAHA=mudahan berjumpa, tak didunia, bertemu di syurga insha Allah=)
"Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."
4 ulasan:
wanita itu mencari dengan memperbaiki diri dan berdoa? nice! betul3.
ups,cepat sje si adik manis ni komen bab ni ye =P
betul2 iA...tp kene plus USAHA =D
insha Allah, mudahan Allah kurniakan kita insan yg soleh membimbing ke CINTA TERAGUNG, CINTA ALLAH
trigt kate2 ustazah saadiah pasal org yg dh berumur tp xkawin lg.
ustazah ckp stiap manusia dah dijadikan berpasang2an dan dh tertulis sjk d lauh mahfuz lg. mgkn yg xbertemu jodoh di dunia ni jodohnya telah pergi menemui Allah dahulu (meninggal dunia). mgkn kite bc brita psl kes2 kmalangan meragut nyawa,yg diragutnyawa tu adelah psgn kita yg ditetapkan di lauh mahfuz. kalau jd mcm ni, bdoa agr bjumpa di syurga sana insyaAllah.
:)
adam..betul..tp kita hanya manusia biasa kan, tak tahu bila dan di mana jodoh kita tiba..jesteru, pelihara niat dan teruskan lah dgn tis2 yg diberi..perbaiki diri+doa+usaha,mudahan dikurniakan jodoh yg soleh solehah, amin =)
Catat Ulasan