Rabu, Disember 26

Sahabat..

Bismillahirrahmanirrahim 

semalam hari kelahiran sahabat kesayanganku..sahabat yang selalu sabar menjadi cerminan buat diri ini. Terlalu banyak sabar sudah dituang, terlalu banyak pengorbanan yang diberi, terlalu banyak jasamu duhai sahabat kepada ku. Selalu sahaja cuba untuk memahami hati yang sukar untuk difahami ini. Selalu cuba untuk menangis tatkala aku menangis dalam solat dan dalam diam, cuba untuk merasai keperitan diri yang aku selalu lindungi darimu.  Selalu juga kau yang membangkitkan kekuatan aku dengan akhlak dan tingkah lakumu. Dan aku juga tahu terkadang kekuatan ini datang dari doa tulusmu, sahabat..

Fatimah, sanah helwa yang ke 23. Terlalu banyak hutang Ana pada Tmey. Hutang yang takkan terbalas dengan apapun. Hanya Allah yang berhak memberi balasannya di sini ataupun di dunia yang satu lagi. Moga Allah mencintaimu sahabat..Moga terus berusaha mengejar akhlaq serikandi sesuai namamu Fatimah Az Zahrah, Putri kecintaan baginda Rasulullah SAW. 

Malam tadi juga, hampir 5 sms yang ku terima dari seorang sahabat. Aku yakin sms itu diberi tatkala aku sedang lena. Jam 4 aku terjaga, setiap sms itu aku baca satu persatu. Hati runtun lagi. Betapalah Allah menguji insan yang dicintaiNya. Mengapa menangis sahabat, itu tandanya Allah mecintaimu.

Sungguh, yang diam itu lebih banyak memendam rasa. Mereka tabah, tapi hati mereka menangis. Jangan ambil kesempatan ke atas orang yang dilihat kuat. Tiap insan punya hati dan perasaan. Jagalah, belailah. kita kan manusia. Allah juga menjadikan kita berpasangan dan tidaklah ianya terhad terhadap pasangan suami isteri tetapi juga sahabat. Kadang-kadang, tanyalah khabar sahabat. Tanya juga khabar ibu bapa kesayangan mereka. biar mereka tahu kita berukhuwah bukan hanya kerana tanggungjawab tapi kerana Allah.Saat mereka tahu kamu adalah insan yang boleh berkongsi rasa, mereka akan berhenti memendam rasa, mereka akan belajar bagaimana mahu meluahkannya. Jadilah sahabat yang lebih banyak mendengar dari terlalu banyak berkata.

Buat sahabat yang meluah rasa, aku merasai deritamu. Walaupun tidak mendalam seperti yang kamu rasai sebenar-benarnya, moga Allah perhalusi setiap urusanmu dan memudahkan segala untuk kamu. Itu doaku buatmu.

Tatkala aku juga dalam kalut mencari warna hati di saat ini. Tatkala aku juga makin kendur bermujahadah dengan hati tatkala ini, Allah sampaikan kepadaku teguran penuh sayang ini,

"Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa lagi putus harapan. (QS. 41:49)"


"Hasbunallah wa ni’mal wakil, ni’mal maula wa ni’man nashir"
“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”

Ianya menyejukkan hatiku, moga hatimu jua wahai sahabat..

 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Selasa, Disember 25

Cukup Allah bagiKu

Bismillahirrahmanirrahim

Hati debor sokmo..

bergolak sungguh hati. Hati merintih memohon ketenangan. Ya rabb, hati ini milikMu ya Allah, tenteramkan ia..

Balik dari kenduri abang lil, hati gembira sangat..Mana tidaknya, perjalanan cinta suci mereka yang hampir dua tahun dibina akhirnya dimeterai dengan lafaz sakinah dari abangku, dihiasi dengan air mata kegembiraan kami semua.

Walimah Amal, sahabiah ku juga berjalan dengan baik. Manis Ama dalam pakaian pengantinnya..Jodoh dia dengan insan yang cukup baik akhlaknya. Syukur, sahabatku pasti dijaga baik oleh Akh Afiq yang tinggi ilmu  dan amalnya dengan agama.

Hari isnin, hati bergetar laju. Ya rabb, apakah maksud disebalik keresahan ini.

Kasihnya Allah, diizin aku untuk hadir ke Darul Fuqaha'. Menyiram hati yang lesu, penat, berkarat..hati yang kosong ini terlalu dahaga dengan ilmu dan pengisian..Sehari disitu, beberapa kali airmata jernih gugur jatuh di hujung tudung..sebak, hati damai sekali..begitu sekali hati ini jauh dari Mu ya Allah..

Allah, gembirakan ana dengan kegembiraan mereka..Apa yang ada dihadapan adalah yang baik-baik semua. Yakinlah Allah maha tahu yang terbaik untuk kamu.

Cukup Allah bagiku, kamu harus yakin itu.

Duhai Kecintaanku, jangan tinggalkan aku lagi Ya rabb..

 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Selasa, Oktober 9

SEMINAR PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM UNTUK PELAJAR DAN LEPAS PELAJAR

Bismillahirrahmanirrahim


salam wbt sahabat2, ada satu program perancangan kewangan islam yang orang islam sendiri anjurkan untuk orang islam..kita maklum,orang islam kita jauh kebelakang dari segi ekonomi. dan ramai antara kita yang taknak tahu soal kewangan dan ke
kayaan sebab kita fikir orang islam perlu zuhud dan tak perlu fikir dunia sangat. padahal itu adalah salah satu agenda orang yahudi nak buat umat islam lemah. sebab tu ramai umat islam ditindas dan umat islam yang ramai ni tak mampu buat apa2..ayuhlah sahabat2, kita atur kewangan, bina kekayaan untuk bantu umat islam dan tingkatkan ekonomi islam. jemputlah beramai2 ya sahabat2 ^^
Kami akan menjalankan Program Remaja Celik Money di Nur Bukit Unggul Eco Resort pada 20-21hb October 2012. Jom join kami di sana =)

 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Rabu, Ogos 22

Ujian Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim

Syawal ke-5..

Syawal pertama setelah selesai pengajian di Australia, juga syawal pertama setelah bergelar seorang pekerja ofis. Orang lain masih bercuti raya, aku di ofis.

Syawal tahun ini, walaupun di Malaysia, ianya biasa-biasa sahaja. Aku tidak tahu ke mana hilang keriangan Hari Raya yang aku rindui sangat-sangat ketika aku di Australia dulu.

Masih ingat post sebelum ni..Berita Kelam

Pakcik kesayangan itu sudah cukup umurnya. Allah lebih menyayangi Dia.18 Ramadhan 1433H menjadi saksi pemergian arwah pak sam..

"Kami mahu redha, tapi hati sebak sangat. airmata nak jatuh laju-laju tapi kami tahan sungguh-sungguh..allah tenangkan lah hati kami kerana Kau 'menjemput' dia dalam sebaik-baik bulan dan kami 'menyerahkan' dia kepada sebaik-baik penjaga..nikmat mana lagi mahu kami dustakan? tenanglah wahai hati, moga rohnya tenang di sana..al fatihah untuk pakcik kesayangan, Pak Sam.." 

tatkala hati terlalu hiba, aku update status di FB. saat terakhir aku melihat wajah apak, wajahnya bersih seperti wajah dia yang sihat sebelum dia sakit teruk..

syawal tahun ini sunyi sungguh.sayu.hiba.

mana tidaknya, syawal pertama kami tidak lagi beraya di kampung sawah padi yang sangat cantik, damai dan tenang..syawal pertama juga tanpa pakcik yang selalu menjenguk dapur menghulur bantuan andai diperlukan..

tahun ni tiada lagi..

keluarga arwah beraya di rumah ku. sungguh, aku anggap mereka macam keluarga ku sendiri. aku sayu melihat mereka kadang kala termenung teringatkan arwah..berbahagialah pak sam kerana anak-anak dan isterimu sangat mencintaimu.akhlakmu yang baik selalu disebut-sebut..semoga Allah merahmatimu pakcikku..

al-fatihah buat wo,atuk,wo sarawak, atuk sarawak dan pak sam..

p/s: Pak Ghaffar(Pak Long) juga sedang sakit..moga Allah beri yang terbaik buat dia,keluarga dan agamanya.

 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Ahad, Julai 1

Berita Kelam..

Bismillahirrahmanirrahim

Kali ni entah kenapa hati berdetak mahu menulis lagi..Saya masih dalam kursus 3minggu di ILKAP. Semalam mak menelefon, meng'update' beberapa berita sepanjang seminggu ketiadaan saya di rumah. Khabar lain biasa-biasa sahaja. Cuma bila diberitakan tentang Pak Sam (Pakcik Shamsudin), antara pakcik yang sangat rapat dengan keluarga kami, saya termenung panjang.


Dua minggu lalu, saya ke PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaysia). Hajat mahu meneman adik saudara saya menziarahi ayahnya. ayahnya Pak Sam sudah hampir tiga bulan di serang penyakit jantung dan masih belum kebah. Maknya pulang kurang sihat kerana lemah semangat dan di tambah pula gangguan jin/syaitan. si adik manis ini baru berusia 19 tahun dan akan menduduki peperiksaan STPM hujung tahun ni. Tapi dengan keadaan ayah dan maknya sekarang, dia sangat berdikari memandu berseorangan dari Pelabuhan Klang ke hospital hampir setiap hari hanya kerana mahu bertemu ayah yang dirindui. Semasa saya meneman dia, ayahnya tenung muka si adik ni dalam-dalam. pandangan itu seolah-olah tembus jauh ke dalam. Si adik ini mencium tangan ayahnya beberapa kali. Dikucupnya dahi ayahnya berulang kali. Ayahnya tersenyum. Rupanya ciuman dari sianak itu ubat bius paling mujarab.Sakit ayahnya seolah-olah hilang sebentar bila ciuman ikhlas itu hadir buat si ayah. saya sebak, airmata bergenang, mulut terkumat kamit melafaz doa.


Doa kami, usaha kami tak pernah putus. Kami harap dan kami berdoa,agar Allah izinkan Pak Sam sihat semula dan menjalani kehidupan bersama kami seperti dulu semula. Balik kampung bersama-sama, bercuti bersama-sama, ziarah menziarahi ahli keluarga yang lain bersama-sama. Terlalu banyak kenangan kami bersama..tapi Allah Maha Tahu dan Maha Dalam perancanganNya. siapa kita mahu berlebih meminta?


Bila mak telefon semalam, bagitahu Pak Sam sudah keluar hospital. Hati saya ragu-ragu. Berita gembira atau berita sebaliknya bila doktor mengarahkan pesakit keluar dari hospital?

"Cuma 18% sahaja jantung yang boleh berfungi" mak menambah..

"Bacakan yassin ya" mak memberi saranan yang lebih menenangkan..

Kadangkala saya berfikir, andai saya ditempat adik saudara saya itu, mampukah saya berdepan dengan perubahan yang tidak pernah berlaku dalam hidup saya..

bersediakah saya, jika insan yang paling memahami kerenah, hati dan jiwa saya tidak lagi di sisi..bersediakah andai insan yang selalu sabar mendengar tiap keluhan dan rungutan saya tidak lagi di sini..bersediakah saya jika insan yang tahu caranya memberi nasihat kepada saya tidak lagi berbicara dengan saya?


Hari ini, peserta kursus dibawa ke Sungai Chiling.

"subhanallah cantiknya!Seronoknya kalau dapat bawa keluarga kat sini.." saya berkongsi hasrat dengan seorang teman.

saat aku melihat air terjun itu turun deras melalui batu-batu sungai yang licin, kelihatan sehelai daun gugur..

air itu akur dengan arahan Tuannya. sehelai daun gugur itu juga menyahut seruan Tuhannya.

Hati tersentuh sayu. Sungguh, setiap yang Allah jadikan dan aturkan setiap saat, kita sebagai makhluk seharusnya akur dan patuh pada ketetapannya. kenapa mahu mengeluh wahai insan? hidup kita di sini hanya permainan dan ladang tanaman..Bermain dengan sebaiknya andai tersungkur tidak perlu kecewa kerana ia hanya permainan. Tanamlah kebajikan dan kebaikan sebanyaknya, kerana kamu akan menuai di akhirat sana.

apa yang mahu di tangisi di negara sini padahal dunia sini hanya sementara?

Tangislah di dunia sini andai kita tiada bekalan di dunia sana yang kekal selamanya.

Kematian itu perit untuk diterima, namun jika kita meyakini adanya pertemuan ke dua di Jannah sana, mudahan hati kita tenang meredhainya.

"Ya Allah, berikanlah kesihatan yang baik buat pakcikku..dia insan yang sangat baik dan mudah menolong orang lain. Berikanlah yang terbaik untuk agamanya, dirinya dan keluarganya.amin"






"Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Khamis, Mei 17

KWSP untuk pelaburan yang untung LEBIH

Bismillahirrahmanirrahim

Salam,

Topik kali ini ditujukan khas buat anda (mcm tuju lagu raya plak…hehe) yang ada KWSP in Malay or EPF in English. KWSP adalah simpanan untuk hari tua dan contribution WAJIB setiap bulan daripada majikan dan gaji anda. Private companies memang selalunya ada, selebihnya terpulang sama ada KWSP atau skim pencen. Sesetengah clients yang baru saya approached tidak tahu bahawasanya mereka boleh menggunakan Akaun 1 KWSP untuk melabur di dalam Unit Trust Public Mutual. 

Tahukah anda bahawa sebelum tahun 2008, para pelabur unit trust yang menggunakan Akaun 1 hanya terdiri daripada mereka yang sudah veteran (45-50 tahun ke atas)? Ini kerana pada waktu itu hanya mereka yang mempunyai basic savings melebihi RM50,000 ke atas sahaja boleh melabur. Start tahun 2008, KWSP telah mengeluarkan calculator pelaburan di mana remaja berusia 18 tahun sudah boleh melabur menggunakan Akaun 1, tertakluk kepada jumlah basic savings Akaun 1 mereka. Mengapa? Semakin awal melabur semakin berganda pelaburan hari tua :). The powerful of compounding interest! 

Saya telah menceritakan bagaimanakah anda boleh melabur menggunakan Akaun 1 KWSP di sini. Kini saya ingin mengulas lebih lanjut MENGAPAKAH anda digalakkan membuat pelaburan yang bijak menggunakan Akaun 1 KWSP anda:


Soalan:
1) Mengapakah KWSP tidak membenarkan Akaun 1 dikeluarkan untuk perbelanjaan rumah dan sebagainya (padahal Akaun 1 yg lebih banyak caruman, 70%), tetapi boleh digunakan untuk membuat pelaburan? 
2) Di manakah rakyat Malaysia membuat simpanan untuk jangkamasa panjang untuk simpanan hari tua selain mengharapkan simpanan KWSP? Savings Account? ASB? Tabung Haji? Saham? Bond? Unit Trust Public Mutual?
3) Berapakah simpanan Akaun 1 anda bila anda mencecah umur 55 tahun? Agak2 berapa ye :)? Cukup ke dan duit tersebut akan digunakan untuk apa?

Jawapan: 
1) Ini kerana kerajaan sedar betapa pentingnya membuat “tabung khas” bagi simpanan hari tua buat rakyatnya. Jika tidak gaji bulanan mungkin hanya disimpan dan dibelanjakan untuk kegunaan short term (beli kereta, laptop, handphone, kawin, rumah dan sebagainya). Kerajaan membenarkan rakyatnya menggunakan Akaun 1 untuk melabur di dalam skim yang selamat bagi menggandakan simpanan hari tua termasuk unit amanah.  Siapa tidak mahu pelaburan yang boleh memberikan pulangan berganda bukan?
2) Jangan terkejut jika saya katakana MAJORITI clients yang kami temui tidak mempunyai simpanan hari tua melainkan mengharapkan kepada Akaun 1 KWSP. Most of them hanya menyimpan di dalam akaun simpanan biasa dan ASB bagi penggunaan short term. Buat mereka yang baru berkeluarga, perbelanjaan dan simpanan banyak difokuskan untuk anak2, bukan diri sendiri.
3) Kebanyakan clients tidak tahu agak2 berapa Akaun 1 mereka di hari tua. Bila saya kata kita andaikan la RM500,000 ok, mereka akan kata, “Wooowww, banyaknya!”. This is the most interesting part :). Cukupkah RM500,000 selepas pencen? Jawapannya TIDAK CUKUP! Mengapa? Sila baca lebih lanjut.

Purata hayat rakyat Malaysia adalah sekitar 75 tahun (Insya’Allah moga Allah panjangkan lagi usia kita). Selepas pencen pada umur 55, anda ada lagi 20 tahun untuk hidup tanpa bekerja. Berapakah perbelanjaan anda sebulan selepas pencen dengan Akaun 1 sebanyak RM500,000? Jawapannya RM500,000 / 240 bulan = RM2083 sebulan sahaja. 

Cukupkah RM2083 sebulan? Harga milo ais sebungkus skrg dalam RM1.50. Harga milo ais sebungkus mungkin akan jadi RM4 atau RM5 lagi 20 tahun akan datang! Senang cerita berapa duit pelajar bawak ke sekolah zaman kita dulu, skrg and in the future? Bagaimanakah dengan perbelanjaan dapur, menunaikan haji, perubatan kita/anak2, kos education anak2, kos perkahwinan anak2, kos renovation rumah dan sebagainya? Hehehe (sakit kepala eh?). Kalau ada perbelanjaan RM5,000 sebulan pun belum tentu cukup sekiranya kita mengambil kira kadar inflasi setiap tahun. Minyak semakin naik, bukan semakin turun :).

Bagaimanakah pelaburan di dalam Unit Trust Public Mutual boleh membantu saya menggandakan pelaburan hari tua saya?
Tahukah anda dividend KWSP adalah sekitar 5.7% setahun? Tahukah anda potential return unit trust (distribution+capital gain) untuk long term investment (with the right strategies)  selalunya sekitar 8-12% setahun? Mahu lihat past performance dana2 Islamik sedia ada? Anda boleh generate sendiri di performance chart di dalam website Public Mutual atau refer kepada Quarterly Fund Review Report. Anda juga boleh melihat testimonials sebenar daripada saya. 

Untuk KWSP anda boleh top up pelaburan setiap 3 bulan melalui Akaun 1 untuk menambahkan bilangan unit dan mengurangkan risiko. Bilangan unit umpama bilangan rumah. Semakin banyak bilangan rumah anda, semakin untung apabila rumah-rumah ini dijual pada harga tinggi. Malahan, Akaun 1 hanya boleh dikeluarkan untuk menambah bilangan unit tersebut. So mengapa tidak tambah?

Oklah, setakat ini dahulu mengenai pelaburan menggunakan Akaun 1 KWSP. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi saya. Ingat, bermulalah dari awal untuk pelaburan yang lebih berganda :). 

Fully Quoted from Kak Eton (Financial Consultant)

"Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Isnin, Mei 14

HARGA DUIT ATAU KEPALA.YANG MANA MAHAL?

Bismillahirrahmanirrahim

pernah seorang sahabat saya bertanya, mana yang lebih penting, pelaburan atau takaful?

"kedua-duanya penting. cuma yang lebih penting dan lebih bernilai adalah NYAWA. dapat jawapannya?" saya senyum memandang dia.

"maksudnya, takaful atau perlindunganlah kan?" saya mengangguk, bersetuju.

"tapi sebenarnya kita ni ramai yang sayang duit berbanding nyawa. walaupun tahu, kalaupun duit tu menggunung macam gunung everest sekalipun, kita tak dapat nak beli tangan yang putus, kepala yang hancur, saraf mata yang rosak, dan jantung yang tidak lagi berfungsi" saya menambah.

"oh akak..akak membayangkan perkara yang sangat menakutkan" dia berkeriut lalu menutup muka dengan tapak tangan.

" betul saya cakap. cuba awak tengok makcik berdua yang naik motor depan kita ni" saya yang sedang memegang stereng kereta menggelengkan kepala.

apa tidaknya, didepan kami, seorang penunggang motosikal dan seorang makcik lagi membonceng motosikal.kedua-duanya memakai topi keledar. itu perkara yang bagus. tapi yang anehnya, pembonceng tadi sedang memegang dua anak kecil dengan menggunakan kiri dan kanan tangan dia. kepala anak-anak kecil itu terkeluar kerana makcik ini terpaksa mengepit anak-anak ini di celah ketiaknya. dan yang paling nyata, anak-anak tidak berdosa ini langsung tidak ada perlindungan. LANGSUNG TIDAK ADA PERLINDUNGAN!

Makcik berdua ini pakai topi keledar untuk elak di saman polis. mereka tak disaman kerana memakai topi keledar. alhamdulillah, jimat duit. tapi kalau si kecil tu tercampak atau kepalanya di langar oleh kereta yang berlalu hampir dengan motor, dapatkah di ganti dengan duit yang tak perlu bayar saman tu?

kasar bunyinya. tapi itu lah rasa hati saya. apa yang orang kita pentingkan sebenarnya? duit atau nyawa?

DUIT juga? terpulang masing-masing. ketuk minda dan tanya.

 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Selasa, Mei 8

Bismillahirrahmanirrahim

Sejak penulisan mengenai pelajar-oversea-boleh-beli-kereta-cash pada awal januari lalu, lama sungguh rasanya tak menulis. Sewaktu saya menulis tu, saya di tahun akhir pengajian. Saya selesai pengajian pada pertengahan bulan Februari dan pulang ke tanah air pada akhir Mac. saya cuba-cuba intai masa untuk menulis lagi mengenai topik ni memandangkan ramai yang berminat untuk tahu lebih lanjut..tapi maaf sungguh-sungguh, baru ini menulis lagi.

Baiklah, saya ada janji untuk tunjukkan kereta kawan-kawan saya yang beli cash di sana kan..tada~

 Honda Jazz Bilu~ (Namanya Boboy,kete Mimi,housemate saya)
Ni kete kak rehan..kuning comel~

Macam yang saya pernah bagitau dalam post sebelum ni..tidaklah menjadi perkara yang pelik atau mustahil bagi para pelajar oversea untuk membeli kereta cuma perlu sedikit ilmu kewangan dan kekuatan untuk menabung. itu sahaja.

tambahan untuk post saya yang sebelum ni, ada seorang sahabat saya di Adelaide menegur saya yang saya tertinggal mengira sesuatu. iaitu MITI tax. Student memang dapat AP but still kene bayar MITI tax. boleh klik sini untuk tahu lebih lanjut apa itu MITI tax. Mengikut sahabat ana ni, 

Tax kerajaan/ MITI tax tetap dikenakan kepada pelajar atau sapa2 yang bawa masuk kereta dari luar gna AP. Instead of bayar 200% dari harga kereta, kerajaan beri diskaun untuk bayar dalam jumlah tertentu sahaja dari harga kereta.

cthnya, untuk kereta lebih 5tahun, tax yang dikenakan adalah 35% daripada harga yang kita beli. Kalau kurang 5tahun, tax nya sangat mahal. so, kalau boleh carilah kereta yang lebih 5 tahun ye.

sahabat ana juga berkongsi cara untuk mengira kos kereta untuk di bawa balik Malaysia:


actual cost kena kira;

Di Australia;

1. Harga Kereta = say 12k

2. Shipping = say 2k, then total dah 14k


Di M'sia;

3. MITI Tax = those <5yr mmg sgt mahal, then better go for old >5yr car, cukai MITI blh dpt below 35% dari harha MITI
saya for Odyssey 2006, tax MITI + FIC = RM16k

4. Then kena standby for PUSPAKOM/JPJ matters for RM2k


END UP;

Price_Shipping $14k x 3.3 = RM46
MITI+PUSPAKOM = RM18k

OVERALL = RM64k
And it's in CASH.

Kalau harga kereta itu di M'sia RM100k, the masih save sebanyak 36%.

I think that the best consideration, i.e. jangan lupa MITI mengenakan TAX yg sgt tinggi utk kereta yg baru less thanb 5 yr.

amacam? caya tak student oversea bole beli kete cash? sangat BOLEH insha Allah. kuncinya  ilmu,sabar dan sederhana.

wallahualam.

 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Selasa, Januari 10

Bonda Atiqah Hanis 'pergi' di tanah suci. Al fatihah


Bismillahirrahmanirrahim

"along, along sayang ummi?" 
"sayang, mestilah lama xjumpa" 
"tapi kan along, Allah lagi sayang ummi dr kita sayang ummi" 
"..knp Allah ambil dia ayah, pada waktu yg sama ticket along ke Jeddah baru aje dibayar. ummi xtgu along langsung, kan ayah?padahal orang yang paling dia nak jumpa along kan ayah. kenapa ayah Allah ambil dia jauh dari pandangan mata along. padahal utk beberapa hari lagi along nak sampai.  
"tapi along, Allah ambil dia dalam keadaan dia paling bersih di tanah suci. beribu manusia menyembahyangkan ummi. pengakhiran ummi sangt baik. banggalah dengan ummi sebab dia wangi disini. inshaAllah ahli syurga, along. "tapi, bagi along peluang utk kucup yg terakhir, tgu along, pls, mungkin ummi dah pergi tp roh ummi ade disisi along. i want her to see, that finally i came!"

status sahabat ini di 'mukabuku' benar-benar meruntun jiwa. hebatnya ujian kamu, duhai adik. november 2011 yang lepas, kami beroleh berita. bonda Atiqah Hanis dalam keadaan koma selepas menunaikan haji. Dikatakan hati bondanya terdapat jangkitan kuman dan terpaksa ditahan di hospital di Jeddah.

selepas hampir dua bulan, bonda Atiqah menghadap ilahi yang dirindui. Pabila insan hebat diuji Allah, Allah makin dekat di hatinya. 

Atiqah Hanis adalah merupakan pelajar tahun pertama pharmacy di University Curtin. Saat akhir dia bersama bundanya adalah sebelum dia berangkat ke Perth pada awal februari 2011. Dia tidak dapat bertemu dengan bundanya sewaktu bunda dan ayahandanya berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji kerana dia dan sahabat-sahabat sedang exam di Curtin University, Perth. Selesai peperiksaan pada awal november, beliau pulang ke malaysia di waktu ibu dan ayahnya sudah berada di Mekah. Takdir Allah menentukan itu pertemuan beliau dan bundanya buat kali terakhir di dunia fana. insha Allah, pertemuan seterusnya dan selamanya di Syurga sana.

moga Allah bersama kamu, ayahanda kamu dan keluarga. berbahagialah, kerana bondamu pergi di tanah suci, dipanggil dalam keadaan masih bergelar tetamu Allah. khusnul khotimah insha Allah.

innalillahi wainna ilaihi rajiuun. Al Fatihah buat bonda Atiqah Hanis.

p/s:  kullu nafsin dzaiqatul maut: setiap yang hidup pasti akan mati. andai bukan insan yang disayangi, mungkin kita yang pergi dulu dipanggil ilahi .jesteru, muhasabah.

 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Isnin, Januari 2

Pelajar oversea boleh beli kereta cash

Bismillahirrahmanirrahim

menarik? sungguh saya tak tipu. Nanti saya tunjukkan gambar-gambar kereta nya. Saya cari tadi, rupanya tak simpan :(

Dua orang kawan saya di Perth, ada Honda Jazz. Kereta second tapi mantop dan dalam keadaan baik.Range Harga Aud 12,000 to 14,000.Kat Australia, kereta second hand memang boleh percaya. bukan takat kete je, semua barang2 second hand mostly boleh percaya. Sebab orang-orang kat sini sangat jujur. Kalau tak elok, dorang kata tak elok. Kalau pernah accident ke pernah rosak ke, mesti dorang akan bagitau.

Kawan-kawan ni semua beli cash, dorang pinjam parents nya duit dan bayar kemudian. sebab harga kereta-kereta ni sangat worth the money. Kereta ni boleh bawak balik mesia tanpa dikenakan tax 200% sebab student dapat AP(Approved Permit). Kalau bawa balik mesia, cuma bayar harga shipping dan insurance. Itupun mungkin dalam aud 2000 sahaja. Total harga kereta bila bawak malaysia bila Aud14,000(cost kereta)+Aud 2000(insurance,shipping fees)=Aud16,000(Lebih kurang RM51,600).boleh ke dapat Honda Jazz kat mesia dengan harga ni?confirm tak.

Untuk dapatkan student AP, ada beberapa syaratnya. Boleh tengok di sini : Student AP

Itu kepada mak ayah yang berduit, boleh lah kita pinjam duit dorang tanpa kita perlu bayar interest. Memanglah satu kebahagiaan yang amat sangat. Tapi kepada yang tak mahu menyusahkan parents yang sudahpun terbelenggu dengan masalah kewangan mereka, jom kita tengok, camne kita leh beli kereta cash kat oversea ataupun bila balik mesia :)

Ahad, Januari 1

mahasiswa bangkit,buat apa nak takut?

Bismillahirrahmanirrahim


tengok dan nilai sendiri. 



nak ludah dan tampar muka mahasiswa?