Sabtu, Disember 31

Lembaran baru 2012

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, Allah masih sudi meminjamkan nyawanya lagi buat insan yang bernama Nurul Farhanah. Mudahan dengan peluang yang diberi Allah ini dapat ana manfaatkan sebaiknya.


Juga punya azam untuk tahun baru. Dek kerana tahun baru islam sudah pun disambut lebih kurang sebulan yang lepas. Azam ana masih sama, mahu mencari Redha dan Kasih Dia dan kekasihNya, Rasulullah SAW. insha Allah.



your 9/11 is our 24/7

Bismillahirrahmanirrahim


"Dear America: Your 9/11 is Our 24/7
Sincerely, Palestine."


Itu mesej pendek saudara-saudara palestin  yang sengsara 24 hours 7days jika hendak dibandingkan dengan kejadian 9/11 di Amerika.


Ada kawan bagitau, baru-baru ni dalam berita, ditayangkan semula video September 11 yang sempat merakamkan beberapa orang lelaki di dalam bangunan WTC itu dengan rela hati melompat terjun seorang demi seorang dari bangunan tinggi mencakar langit itu dek kerana sesak nafas.


Sabtu, September 10

Arief was found but lost his memory.

Bismillahirrahmanirrahim


Hari raya pertama, satu berita diterima. Ada anak kenalan kami (Malaysian) dikatakan menghilangkan diri pada pagi raya.


Masuk hari kedua, mesej dan gambar budak hilang itu sudah disebar luas melalui mms.


Masuk hari ketiga, bacaan yassin dan beberapa gerakan mencari sudah dimulai.


Masuk hari keempat, berita budak itu masih tiada.


Masuk hari, kelima, keenam. harapan tinggal harapan.



Ahad, September 4

Syawal;ErtiSyukur.

Bismillahirrahmanirrahim


syukur alhamdulillah.


biar hiba dan sayu pabila ramadhan meminta izin untuk kembali berlalu demi mematuhi aturan pencipta, ana sepatutnya menjadi insan yang lebih bersyukur.


Allah mengizinkan diri untuk melalui sebulan dalam madrasah ramadhan dan dapat pula graduate di pagi Syawal. Alhamdulillah..


Ada insan yang tak sempat pun menyambut ramadhan, ada pula yang sempat berpuasa beberapa hari kemudian Allah panggil menyambut ramadhan di sisiNya..maha suci Allah sebaik-baik perencana. Ada pula yang Allah panggil ketika masih di ambang syawal. Syukur apapun takdir yang Allah tulis di loh mahfuz buat kita, pasti ada hikmahnya. Masih lagi menghirup udara subuh 6 Syawal 1432H.


Sekadar mahu berkongsi insha Allah,


Ada orang kecewa tak bertemu lemang di pagi raya..
Ada orang mengeluh bila tak dapat pulang beraya di kampung..


Padahal beraya di Perth semua pun ada, Allah pertemukan juga lemang di hari raya keempat..
Ada orang dapat pulang ke kampung pun,tapi ibubapa sudah tiada..kita, walaupun jauh dari keluarga, paling tidak, mereka masih di sana,masih ada..


Syukur


Ada orang mengeluh bila jadi orang yang tembam, kalau amik gambar, penuh satu phone muka dia sahaja. 


Padahal, ada cukup sifat segala. mata, hidung, terletak cantik..pernah tengok orang yang tak de hidung?


Syukur


Ada orang mengeluh, alaaa...penat puasa, bila raya, berat naik balik!
ada pula yang berkata, dah makan banyak-banyak ni, berat makin turun pulak...risau..


Pernah tengok orang obes sampai tak bergerak?makan dan membuang pun di tempat yang sama.
Pernah tengok orang di Africa kelaparan hingga mati dalam keadaan merangkak mencari makanan?


Syukur


Ada orang yang cantik molek berkata, susahnya mencari lelaki yang baik..yang datang nak berkawan, rata-rata sebab tengok muka yang cantik..
Ada orang yang kurang cantik pula, bimbang tiada yang mahu..Al maklum, manusia fitrahnya pada kecantikan, keindahan dan kebersihan..


Pernah tengok orang yang cantik, tidak terlalu bercantik-cantik kerana mahu menjaga dirinya,Orang berpurdah?Orang yang cantik, bertudung bulat, berjubah dan menundukkan pandangannya..
Pernah bertemu kisah,ada lelaki yang sudi berkahwin dengan insan yang kurang cantik, dan ianya bukti jelas keikhlasan lelaki itu menerima seadanya.


Syukur


Ada orang kaya mengeluh..keluarganya semua mahu yang bergaya, yang branded. letih bershopping nak memuaskan hati semua pihak..
Ada orang yang kurang mewah,mengeluh..tak dapat beli baju cantik-cantik, dapat beli yang kat pasar malam je..


Pernah tengok orang yang kaya, tapi hatinya zuhud, infaq dan sedeqah jadi kelaziman. murah hati memberi pada insan lain dan tidak merasa kekurangan dengan pemberiannya..ie:belikan kereta dan sedeqah pada ustaz. Berpanjanglah amalan dan saham beliau kerana ustaz itu menggunakan kenderaan itu untuk menyampaikan ilmu dan ilmu itu tak pernah berhenti mengalir..dan kedua-keduanya ini adalah bentuk saham pahala yang tak berhenti walaupun jasad sudah di tanam..


Pernah tengok orang yang tak bertukar pun baju raya?,,rayatak raya, serupa je bagi mereka..yang di Palestin  dan Somalia sana, sempatkah mereka pergi pasar cari baju baru untuk sambutan raya? dalam keadaan peluru sana sini berterbangan?


Syukur.


Tak berhenti mendengar orang lain dan diri sendiri mengeluh.


Tak bertemu juga titik akhir untuk bersyukur pada nikmat yang Allah datangkan andai kita fikir-fikirkan


Bukankah rasul mulia, Rasulullah SAW juga berpesan dalam hadithnya:
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan.” (Bukhari)


Bukankah kalam Allah juga mencoretkan:


Firman Allah SWT yang maksudnya:”Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (Ibrahim:7). 


Ya Allah, jadikanlah kami orang yang bersyukur... kerana sesungguhnya sedikit orang-
orang yang bersyukur (Thoyba Mursyidah 2011)


Ya Allah, jadikan ana, keluarga dan sahabat-sahabat dari kalangan insan yang bersyukur.....syukur lillah, syukur Alhamdulillah ^_^


Selamat Hari Raya semua.. Mohon maaf zahir dan batin. Taqaballahuminna waminkum..Semoga Allah menerima amalan ku dan amalanmu jua..amin


(Al Majid Mosque, Hepburn, Perth, Australia 2011)
1 Syawal 1432H

"Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Rabu, Ogos 10

Ramadhan Kareem.

Bismillahirrahmanirrahim

Tetamu yang dirindui sudi bertandang lagi,
Mengetuk pintu kehidupan diri,
subhanallah, hanya Allah yang tahu gembiranya rasa hati,
Allah izinkan bertemu lagi dengan ramadhan, bulan suci.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

Allah izin diri yang hina, yang penuh daki dosa dan maksiat untuk menerima tetamu mulia..

Allah Pengasih dari yang Pengasih.
Dia Penyayang dari yang Penyayang
Allah juga yang mendengar tiap rintihan hati dan rintihan rindu.

Rindu bertemu Mu ya Allah,
Rindu bertemu Rasulullah..

Moga Allah izin, kaki ini memijak tanah suci..amin.

 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Isnin, Jun 27

perkongsian bersama Nurul

Bismillahirrahmanirrahim

"Ana, dah ada orang?" soalan yang berulang-ulang kali ditanya oleh lain-lain orang.

Ada dalam tiada.

Allah sudah menetapkan yang 'ada' itu di Loh Mahfuz.

Yang 'tiada' itu dalam pandangan manusia hina, ana sendiri.

kadang-kadang menggaru kepala, umur 20an ni memang akan kerap berbicara tentang calon-calon dan rumahtangga ye?

ada isu yang lebih besar perlu di lihat, sebelum hati dan diri benar-benar bersedia masuk ke alam perkahwinan.

perkahwinan bukan sekadar tali yang menyatukan dua hati, ianya lapangan dakwah untuk melahirkan generasi penyambung perjuangan nabi..

"Kak Ana, saya malas berfikir untuk kahwin" Nurul meluah rasa. kebanyakan masa dalam hidup Nurul, dia merantau ke seluruh negara. Mengikut ayahnya bekerja. Yang terakhir, Australia menjadi tempat tinggal mereka sekeluarga.

"Maksud Nurul?" sengaja ana bertanya lagi soalan. Mahu penerangan lebih lagi.

"yelah Kak Ana, saya bimbang memikirkan bagaimana generasi depan nak menghadapi cabaran hidup. Saya sendiri rasa, saya hidup dalam zaman yang sangat susah!. Hidup di negara orang putih. di saat kawan-kawan sibuk menilik menu makan di restoran-restoran yang ada, kita sibuk pula bertanya ingreedient dalam makanan. di saat kawan-kawan lain bebas menggaya pakaian dan rambut, kita sibuk pula menutup rambut. kalau tak tanya tak mengapa, ini tidak. tiap yang di buat, pasti di asak berjuta soalan dari kawan-kawan yang rata-ratanya bukan beragama islam. Ada yang muslim, tapi tidak amalkan pula cara hidup islam. penat saya, dengan cara hidup ni!" Ana tenung dalam-dalam, kata-kata Nurul, gadis comel berusia 19 tahun ini.

Ana pun pernah terfikir untuk dapatkan Permanent Resident (PR) di Australia ni. Mana tidaknya, kebajikan terjaga, politik bersih, akhlak mereka lagi muslim dari muslim sendiri. Kalau besar kan anak-anak di tempat macamni, mesti besh, siap anak pandai speaking balik malaysia~ itu pemikiran ana yang dahulu.

Bila dengar luahan hati Nurul, hati ana sebak. Fitrah manusia mencari Biah Solehah, suasana islam. Hak anak-anak untuk hidup di dalam suasana yang baik.

"sebab takut anak-anak Nurul kene hadapi cabaran yang lebih besar, apa kaitan pula dengan taknak kahwin?"

"Mana boleh nak kahwin tapi taknak anak. Kita tak boleh tolak rezeki Allah beri." dia memahami hujah yang ini.

"Erm, kalau camtu sebab Nurul taknak tolak rezeki Allah beri, Nurul ambil keputusan takmahu berkahwin? perkahwinan pun rezeki dari Allah. tak boleh juga kita tolak perkahwinan sebab.."

"Nabi tak mengakui ummat jika menolak sunnahnya, iaitu berkahwin" Nurul memintas kata-kata Ana.

Ana mengangguk.

"haih.." dia mengeluh. dia tahu itu, tapi mungkin belum terfikir penyelesaian yang lebih baik.

"betul Nurul, akak faham kerisauan itu. subhanallah, di saat umur Nurul baru menginjak 19 tahun, pemikiran Nurul dah melebihi 20 tahun ke hadapan. kat mana pun Nurul, membesarkan anak-anak pastinya ada cabaran tersendiri. Bukan sebab zaman, lebih tepat berkait dengan ujian kehidupan. Ibubapa di uji untuk memainkan peranan, anak-anak di uji untuk mengikut acuan atau tidak" kagum pula ana dengan si adik yang seorang ini, dia sangat matang dalam berfikir.

"Kak Ana, saya pernah ada kawan yang sangat kuat agamanya. tapi bila mak dan ayahnya meninggal dunia, dia berubah 180 degree. Dari pakai tudung dahulunya, sekarang berzina! saya tak nak anak-anak saya jadi macamtu lepas saya takde lagi" dari matanya, ana tahu kerisauanya besar. dia masih kecil, tapi pengalamannya lebih dari ana sendiri.

"Allahuakbar.." ana bertakbir dalam hati.

"Nurul, akak ada seorang kawan. selang setahun selepas mak nya meninggal, ayahnya pula pergi. Masa tu umur dia, sebaya Nurul sekarang, 19 tahun. Dia anak sulung dari sembilan orang adik beradik. Adik bongsunya masa tu 3 tahun lebih, down sindrom. tapi subhanallah, masa ayahnya meninggal, adik lelakinya yang jadi imam solat jenazah buat si ayah. Mereka adik beradik tak berkeluh kesah dan menangis malah melayan dengan cukup baik para tetamu yang datang menziarahi jenazah. sekarang, kawan akak belajar di Uia, adiknya yang kedua, belajar di Mesir, yang ketiga sedang buat persediaan untuk ke Rusia dan yang terakhir baru sahaja dinobatkan pelajar terbaik SPM di Johor" kisah Fatimah sekeluarga yang tak pernah padam dari memori ana.

"Mereka redha?" matanya sayu memandang ana.

"yup. mereka redha. dan yang paling untung adalah ibubapa mereka. dapat pulangan lumayan hasil doa anak-anak soleh dan solehah" ana cuba membuka dimensi positif buat Nurul. memang benar, melihat anak-anak yang memberontak dan tidak lagi mengikut acuan islam selepas ketiadaan ibu dan ayah sangat memedihkan hati, tapi mempunyai anak-anak soleh dan solehah juga investment paling menguntungkan di saat kita tiada lagi di dunia.

"Nurul mesti ingat, ada tiga perkara yang tak terputus pabila kita mati,kan?." sengaja bertanya lagi.

"Ilmu yang berpanjangan, harta yang disedeqah dan doa anak-anak soleh" laju Nurul menuturkan jawapan. Ana pula senyum memandang Nurul kali ini. Bijak.

"Investment untuk akhirat, Nurul" Nurul mengangguk-angguk.memahami,

"Nurul tau, if para ulama' keluarkan hukum selepas dia kaji ilmu-ilmu yang ada, ulama' tu akan dapat satu pahala. dan if ijtihad mereka betul, Allah beri pahala kedua. kalau tersalah, mereka dah dapat pun pahala yang pertama.." mukanya berkeriut.

"maksud kak Ana?" jelas dia kurang mengerti.

" Dalam menjadi ibubapa juga begitu. Jalankan amanah sebaik mungkin, kita perlu jadi ibu yang baik untuk anak-anak, perlu mencari ayah yang terbaik untuk anak-anak, sediakan suasana biah solehah untuk anak-anak dan sediakan mereka dengan ilmu agama dan tak lupa, berdoa untuk mereka. Selepas selesai kita jalankan tanggungjawab kita dengan baik, apapun selepas peninggalan kita, bukan urusan kita lagi" Ana menghurai panjang,

Merasa debaran dalam hati. Ianya tak semudah yang di kata. Berdoa dan berharap, perkongsian ana dengan Nurul adalah muhasabah yang baik untuk diri sendiri juga. Telinga yang lebih dekat adalah telinga orang yang mulutnya berkata.

"Inilah yang awalnya akak sebut tadi. Kesemuanya ujian kehidupan. Berfikir untuk menjadi seorang ibu itu mungkin ujian yang masih jauh dari kita. Ujian yang paling dekat adalah bagaimana mahu menjadi anak yang solehah untuk mak dan abah kita."hati mula rindu pada mak dan abah.

"Oh, ada lagi yang dekat kak Ana!, ujian menjadi Hamba Allah yang solehah!" she get the point.

"haah, betullah!" Ana menepuk dahi. Ana rindu Allah juga..

Terimakasih ya Allah, atas muhasabah yang baik. Ya Allah, jadikan kami, hambaMu yang solehah, anak yang solehah, adik yang solehah, kakak yang solehah, sahabat yang solehah. Kurniakan kami juga 'pemimpin' yang bisa memimpin kami dan anak-anak untuk tetap dalam perjuangan agamaMu ya rabb..kuatkan kami untuk memperbaiki diri, moga Allah menetapkan jodoh yang terbaik buat kami. Demi perjuangan dan agamaMu. amin.

"Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Rabu, Jun 22

Ana Sayang Abah.

Bismillahirrahmanirrahim

"Apa pekerjaan bapa kamu?" soalan biasa seorang guru.

"Err, abah seorang guru..tapi abah pun buat sawah dan berniaga songkok bila bulan ramadhan" ana teragak-agak.tak tahu mana satu jawapan pasti pekerjaan abah.

Pra Sekolah.
Masa kecik dulu, ada lawatan ke Zoo negara yang dirancang cikgu-cikgu pra sekolah. Ana merengek-rengek dekat abah. mohon diberi izin untuk pergi. Abah angguk walaupun awalnya keberatan. Hari nak pergi tu, abah ikut ana sekali. rupanya dalam diam, abah minta izin guru pra sekolah untuk ikut serta dengan rombongan.

sampai kat zoo, ana cakap dekat abah. "abah, ana ikut kawan tengok binatang ye" abah angguk lagi. abah tau ana nak jalan-jalan dengan kawan dan bukan dengan abah. abah tengok ana dari jauh. bila nak makanan, ana datang balik kat abah minta makanan. abah tetap sabar.

Tadika.
Setiap hari, abah yang akan pick up ana dari tadika. Kemudian abah akan singgah Masjid Sultan Ibrahim yang sangat besar tu. Ana akan tunggu abah sambil baring-baring kat bawah kubah besar masjid tu. Ana tunggu abah sampai abis solat. Kadang-kadang abah bawak ana pergi sekolah abah semula kalau abah ada koko. ana tengok abah bertukang dan tanaman abah. abah boleh serba-serbi. bertukang pandai, menanam apatah lagi.kalau tak ke sekolah, kita balik rumah. abah akan buat layang-layang atau mainan dari surat khabar. lepas tu kita main sama-sama. sampai asar, lepas solat asar, abah dengan ana pun rehat dekat ruang tamu

Abah tak datang amik kat tadika.
Pernah satu hari, ana tunggu abah lama sangat. abah tak datang-datang. ana menangis sebab ana fikir macam-macam..ana takut apa-apa jadi dekat abah. ana doa allah selamatkan abah.ustazah nampak ana nangis dan ajak pergi rumah dia. lepas tu, ustazah telefon kan mak. mak kata abah ada mesyuarat, sebab tu tak dapat amik, baru ana lega dan main dengan gembira balik.

Sekolah Rendah
Ana tak sekolah dengan abah, sebab abah kata, kat sekolah abah tu ramai sangat pelajar. abah suruh ana sekolah dekat sekolah mak. lagipun abang-abang ana semua sekolah kat sekolah yang sama. sekolah agama baru ana sekolah dekat sekolah abah. kadang-kadang ada anak polis yang nakal ejek-ejak ana. ana balik bagitau kat abah. "abah, ada budak ejek ana, dia panggil ana ikan pirana sebab nama ana kan farhanah"..Abah gelak je. Esoknya, budak laki tu datang jumpa ana dan minta maaf..janji taknak ejek lagi sebab abah dah jumpa dia. ana terkejut sangat..

Pelajaran.
Masa sekolah rendah, tiap kali lepas exam, abah mesti tanya result math. sebab abah guru math dan abah sangat garang bila ajar math. tiap kali belajar dengan abah, ana mesti menangis. tapi ana akui, itu juga yang buat ana cepat menghafal.

Masa tingkatan 4, ana telefon abah. mohon izin untuk stream. dari science kepada accounting. abah terkejut tapi abah diam lagi. mak pula sedih sangat sebab mak abah memang harap ana jadi seorang doktor. tapi abah tetap abah. abah cakap, apapun pilihan ana, abah tetap akan sokong ana..

Fly.
Alhamdulillah, berkat doa makabah dan sahabat-sahabat, Allah izin ana untuk terbang mengharungi langit putih ke negara asing ini. sewaktu kali pertama melepaskan ana ke bumi kanggaroo ini, abah pesan baik-baik.
"kalau ada duit, abah nak je pergi sekali dengan ana. tapi abah tak mampu. ini pasport dan tiket. pegang baik-baik. jangan tinggal sana-sini, abah takde nak tengok ana nanti" Allahurabbi, kata-kata ni meruntun benar rasa hati. tertarik airmata untuk jatuh ke lantai KLIA. aduhai abah.

Raya Pertama di Rantau.
Malam raya, ana telefon abah. ana tau abah berniaga malam tu, tapi ana telefon juga. sekadar mahu berkongsi lelah. tapi tak dapat. abah tak perasan agaknya sebab ana faham, malam raya suasana kat pasar mesti sangat bising. ana cuba telefon pagi raya. mahu mohon maaf dari kejauhan. abah angkat, tapi abah minta izin telefon lagi nanti sebab abah kata ada ramai tetamu datang rumah. sebak, tapi ana fahamkan juga keadaan. ana letak telefon, termenung. sayunya. tak nampak wajah, dengar suara pun sekejap je. ana hantar mesej, mohon dihalalkan makan minum diampunkan dosa di pagi syawal yang mulia.

abah balas mesej tu dalam kesibukan. abah mohon maaf tak dapat jawab telefon. abah minta maaf dan halalkan segalanya untuk ana. berjurai lagi air mata. ana tahu abah penat sangat sebab balik dari pasar pukul 3-4 pagi semalam, kemudian bangun awal pagi untuk solat raya dan kemudian layan tetamu pula. tiada rehat tapi demi anak-anak, abah gagahkan juga diri. ana yang sibuk-sibuk mahu juga kol abah walaupun tahu abah kesempitan masa. tapi abah pula yang mohon maaf dari ana.


Banyak Jawatan.
abah pegang banyak jawatan sampaikan bila ana tanya, kenapa abah pegang semua jawatan? abah dah ada tiga kerja. abah pegang lagi jawatan ketua taman, ajk masjid, ajk markas dll...

"takde orang nak pegang amanah na, kalau semua orang tak nak pegang macamana pula?",abah menjawap tenang.

bang lil pun pernah tanya abah, "Banyak-banyak jawatan abah, macamana abah boleh jalankan semua dengan baik dan ingat semua kerja-kerja abah?"

Abah kata, abah pun tak ingat semua tapi alhamdulillah Allah juga yang permudahkan segala.(^_^)

Hari-hari abah akan sangat penuh (Abah bukan YB ye tapi jadual dia macam jadual YB) hehe..abah akan solat subuh di masjid, kemudian pergi sekolah, kalau cuti, pergi sungai besar tengok sawah. lepas tu balik lewat malam. kalau balik petang, baru nampak abah berehat kat rumah. itupun jarang-jarang sekali.

Ana Sayang Abah
mak selalu bagitau ana, kalau ana balik Malaysia, soalan pertama abah bila balik rumah adalah
"Ana mana?" (^_^)

mak pun jeles..hehe..takde-takde mak tak pernah jeles..mak tau ana dengan abah sangat rapat.

kenangan dengan abah terlalu dan sangat banyak. kalau ana telefon abah, tak pernah tak sebak..ada je airmata bergenang. tak tahu kenapa. mungkin sebab tu, jarang-jarang ana telefon abah. biasanya telefon mak, mengintai khabar abah, dari mak.

dah banyak tahun ana nak tulis post khas untuk abah. terlalu banyak kenangan yang ingin ana coret. abah terlalu baik dan terbaik untuk ana dan adik beradik ana. terimakasih abah. ana sangat bersyukur ada abah yang cukup perfect pada ana. moga Allah beri kesihatan yang baik pada abah. Moga Allah cinta dan redha kan abah selalu..Ana sayang abah..

"Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Sabtu, Jun 18

ingatan untuk Ana,,

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah..berharap ianya husnul khotimah, apapun Allah jua yang maha tahu yang terbaik buat hambaNya..jesteru, akur.

berakhir paper last untuk semestar pertama tahun akhir ana disini, pagi tadi.

dalam tempoh exam, ada je senarai di buat..teringat nak buat itulah, nak buat inilah..

lepas exam, hilang semua senarai..ade ke patut?

saya belum sempat melangut, alhamdulillah..

habis exam, pegi beli ayam, lipat baju dan tepon mak sampai kol 10 malam..err,lamanya..

xpe,bagi puas..

esok? erm..plan.plan..jgn buang masa plez...

moga Allah pelihara masa-masa ana yang bakal berlalu dengan pantas ini.

ana maklum, jesteru sekadar mengingatkan diri sendiri supaya tak alpa..

masa dah tak panjang, ayuh guna sebaiknya..

p/s: Ana kene baca buku yang bersusun itu..insha Allah ^_^

"Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Sabtu, Jun 11

Surat Buat Ummi 'Ammar.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Ummi 'Ammar.

alhamdulillah, selesai paper pertama ana,..11 June 2011.

tertengok link Dalam Jiwa Hamba, selepas pemergian pemilik blog ini dua tahun yang lalu, ana sudah pun baca satu persatu post yang Arwah 'Ammar tulis. Subhanallah, benar..dia insan hebat. Dua tahun lalu juga, kerana cukup terkesan dengan pemergian Allahyarham 'Ammar, ana tulis satu post khas untuk beliau disini

Hari ini genap dua tahun. Ana buka semula blog beliau. Ana maklum yang meneruskan penulisan dalam blog itu adalah ummi 'Ammar..tahniah Ummi..ana sendiri masih ingat janji Ummi untuk meneruskan perjuangan anak Ummi, 'Ammar dalam dakwah melalui penulisan melalui blog..dan Ummi tak pernah alpa menunaikan janji itu..Allah besarkan jiwa dan hati Ummi untuk meneruskan perjuangan anak Ummi..Alhamdulillah, Allah selalu bersama Ummi..

Ummi, ana mohon izin..ana hirup semangat Ummi untuk ana teruskan penghidupan di bumi Kanggaroo, Australia ini..ana punya impian yang sama dengan anak Ummi..moga Allah izin ana untuk menjadi mujahidah agama..Mohon doanya ya Ummi..

Ana gembira dengan berita Ummi dapat surat untuk menunaikan haji..Sampai sudah rezeki Ummi untuk menatap Kaabah.ana juga berhasrat untuk menunaikan umrah bulan Januari atau februari 2012 nanti..doakan ya Ummi, moga Allah izin ana untuk menziarahi Baitullah dan Ar Raudhah..rindu sungguh untuk melihat Kaabah dan tanah kelahiran dan perjuangan Nabi Muhammad SAW..rindu dah tertanggung..andai Ummi sampai sana nanti, sampaikan salam ana buat junjungan besar Rasulullah SAW..sampaikan salam rindu ana pada baginda..

Ummi, kita tak pernah bersua muka..jauh sekali mendengar suara..namun ana yakin, hati kita bersatu kerana aqidah dan Cinta Dia..Moga Allah kasih dan cintakan Ummi selalu..Moga Allah beri kesihatan dan kebahagiaan buat Ummi sekeluarga..

Al Fatihah juga buat Allahyarham 'Ammar.

salam sayang buat Ummi sekeluarga..

dari anakanda,
Ana.
Perth,Australia.


"Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Ahad, Jun 5

kelam kelibut..

Bismillahirrahmanirrahim

"Time Flies.." ujar Uncle Phillip dan Auntie Patricia..orang kritian dan free thinker juga tahu..

"Tahun ni rasa cepatnya masa berlalu.." kata kak Jun teman kerjaku.

sungguh, Allah bersumpah dengan masa.

tinggal lagi kurang seminggu, final exam akan datang menjengah muka di pintu kehidupan pelajar kami.

bila ana kenang dan renung, kenapa sampai tak rasa sem ni berlalu?
antara sebabnya, berturut-turut assignment dan assessment dan tup tup sampai ke final~

study tak habis lagi (alasan biasa)

gundah sokmo.
risau selalu.

tawakal lah!

oh? ya..ya..tawakal..tapi kalau gagal juga camne? aritu ana buat assignment, put effort sungguh-sungguh, dan dah doa pun..tapi failed juga..KECEWA.. T_T

"farhanah, yang namanya tawakal itu, tiada istilah kecewa.." kata seseorang

"kenapa pula?"

"kalau kamu usaha sebaiknya dan bila kamu melihat keputusan yang tidak selari dengan usahamu, kamu kecewa, disitu kamu letak tawakal pada diri sendiri bukan pada Allah" dia senyum.

"huh? bunyinya macam over confident kan? yakin diri sangat.." ana mengeluh, memang silap.

"kamu perlu berusaha, tapi jangan sesekali beri'tiqad(meyakini) dengan usahamu semata, kamu akan berjaya" dia senyum penuh ketenangan.

"betul juga..kadang-kadang ana rasa penatlah belajar..tak faham-faham pun bahasa orang omputeh ni..susah!" mengeluh lagi

"jangan macamtu, semua ilmu milik Dia..minta pada Dia, pohonlah kefahaman dari Dia, insha Allah dipermudahkan semua" tenangnya kata-kata dia..

"macammana kalau ana usaha ala kadar, tapi ana tawakal sungguh-sungguh, mesti Allah bagi kan? sebab kita dah letak kebergantungan pada Dia?" masih keliru.

"Allah akan beri, selari dengan usaha..kalau kamu awal-awal dah bagitau nak usaha ala kadar, Allah akan beri yang ala kadar juga" masih dalam wajahnya yang redup

"subhanallah, ye tak ye juga"..aku menggaru kepala..kadang-kadang dalam kelam kelibut ni, perkara mudah pun kita tak leh nak fikir rasionalnya..hidup ni kan berkait syariatullah dan sunnatullahnya..

"Ana, nak tengok satu video..kejap ye" dia mencari satu video, diletakkan laptop di hadapan Ana.


"Ana, dalam kalut-kalut perang dan perjuangan si anak kecil ini memburu Syahid, dia tak pernah lupa untuk ke sekolah setiap pagi. Usai pulang dari sekolah, dia hanya berjuang dengan BATU melawan kereta kebal musuh." Airmata bergenang tinggal tunggu saat berjurai..

"dan kalau Ana juga impikan Syuhada', jangan pernah rasa penat kerana kita berjuang hanya dengan mata PENA dan KERTAS sahaja!" dia mengetuk hati dan akal ana.

CUKUP MENGELUH, semangat berkobar-kobar mahu baca buku. moga Allah besarkan jiwa dan berikan kekuatan pada diri..Allah uji hanya orang yang mampu..maafkan jika ada salah silap dan doakan exam Ana ^^

  Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya”. (QS Ali Imran : 159)





"Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Rabu, Jun 1

Penghujung Sem 1, 2011

Bismillahirrahmanirrahim

"Kak Ana! lama dah tak update blog.." seorang adik kesayangan menegur.
"Eh? yeke? rasa baru je post aritu" saya ni cepat je menidakkan orang (-_-")
"Yela kak Ana, post akhir kak Ana tak silap tentang MASA" sahut seorang lagi adik kesayangan.

Oh, terlalu pantasnya masa berlalu..sungguh benar kan kata-kata Allah dalam kitab Al Aziz tentang Masa ni..cepatnya..ana sendiri tak perasan yang semestar ni pun sudah hampir ke hujungnya. Ana pula, kalau nak menulis berkira-kira untuk post. Banyak sudah tulisan yang hanya menjadi Draft.

Pagi ini, setelah selesai presentation pertama setelah hampir tiga tahun berada di Menara Gading Western Australia ini, secara officialnya berakhirlah segala assessment ana untuk semestar pertama 2011! Alhamdulillah (^__^)

panjangnya senyum, padahal final exam lagi seminggu lebih. Revision masih belum berada di tahap yang menenangkan. jadi, ana mohon berjuta kemaafan daripada sahabat-sahabat..Doakan exam ana dan sahabat-sahabat dipermudahkan juga..

Moga Allah Redha, Moga Allah kasih akan kita semua..

Amin ^^















"Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Cukuplah Cinta Dia..

Bismillahirrahmanirrahim "

artikel ini di'culik' dari blog ukhti Insyirah Soleha..untuk mengelakkan blog pedagang sementara ini terus di menjadi sarang labah-labah (-_-"), ana mengambil inisiatif untuk berkongsi artikel yang ana rasa menarik dengan sahabat-sahabat insha Allah..dan insha Allah, tujuan yang lebih dekat adalah mahu artikel ini terus menjadi peringatan dan penguat buat diri dalam mengejar title Solehah..moga Allah pelihara kita semua..amin ya rabb.

"Akhir-akhir ini saya merasa senang melihat kebanjiran nama indah, ruang pena bergelar mawar berduri dan seumpama dengannya. Saya melihat dari sisi positif, setiap orang mahu berusaha ke arah kebaikan. Semoga cerita saya dapat dijadikan satu perkongsian buat kalian.

Saya juga dahulu seorang remaja, jiwa yang selalu ingin merasa dikasihi dan disayangi. Tetapi, saya selalu diingatkan oleh tarbiyyah keluarga untuk selalu menepis perasaan yang singgah. Bukan tidak meraikan naluri yang hadir, cuma menyimpan seketika sebelum tiba waktunya. Melihat ada dikalangan rakan-rakan yang mula bercinta, berdating dan meninggalkan fokus utama sebagai pelajar membuatkan saya mula meletakkan tanda aras bagi diri saya supaya dapat mengelakkan diri dari terjebak dengan budaya couple.

Saya juga dahulu seorang remaja, banyak perkara yang menjadi gejolak hati membuatkan saya perlu berusaha untuk mencari jalan keluar dari masalah ini. Saya bukanlah dikategorikan sebagai perempuan yang cantik, namun setiap perempuan itu ada kelebihannya yang tersendiri. Semasa mengadakan discussion group atau dikenali sebagai study group, saya tergamam apabila sahabat lelaki saya meluahkan rasanya. Saya tidak mengenali ramai lelaki dan saya hanya berkawan dengan lelaki yang saya temui secara tidak sengaja, (seperti rakan sekelas) tetapi persahabatan itu tetap mempunyai garisan pemisah.

"Awak ada ciri-ciri yang saya nak jadikan isteri."

Dalam keadaan yang masih dihambat kesibukan sebagai pelajar, saya disentak persoalan sebegitu. Kalau sebelum ini, menerima kiriman surat dari secret admire, menerima kiriman salam dari para ikhwah, saya tidak mengendahkannya. Walau di hati bimbang perasaan ini akan melonjakkan lompatan syaitan atas kegirangan menundukkan hamba Allah, hati saya terus meruntun hiba dalam solat. Saya berusaha untuk menghilangkan setiap rasa yang mampir dengan segera solat tahajud dan taubat.


Sehingga berusia 17 tahun, akhirnya saya diajar oleh seorang akhawat yang selalu bersimpati dengan keadaan saya yang katanya seperti manisan yang dihurung semut. Disaat saya menangis dan meluahkan perasaan, akhawat tersebut tidak pernah lupa untuk mengingatkan bahawa setiap yang hadir hanyalah ujian bagi menguji kesungguhan cinta saya pada Allah. Saya redha, walaupun terus menangis hiba. Hanya Allah yang mengetahui.

Saya bimbang dan khuatir, kerana sabda Rasulullah bahawa tiada yang lebih besar dari fitnah wanita. Maka, saya selalu dihantui menjadi fitnah kepada ar-rijal walaupun saya tidak berkawan rapat dengan lelaki. Maka, sedari usia 17 tahun saya berusaha untuk istiqamah melantunkan bait-bait doa dan pengharapan semoga Allah menutup jalan-jalan fitnah kepada saya.

Akhawat yang simpati itu mengajar saya untuk melafazkan doa;

"Allahummaj'alni hubbak wa hubba man ahabbak waj'al hubbaka ahabba ilayya minal maail baridi."

Dimana pengertian doa ini, Ya Allah kurniakan kepada ku cinta Mu, dan kurniakanlah kepada ku cinta insan yang mencintai diri Mu, dan jadikanlah cinta Mu pada ku lebih aku sukai dari air sejuk. Wallahua'lam.

Saya akur, saya selalu mengikrar pada diri untuk terus berdoa dan berharap. Sehinggalah suatu hari jalan 'jodoh' diberikan kepada saya. Saya solat istikharah dan merasa mungkin dialah jodoh saya, namun di sebalik semua itu ada pelbagai mehnah yang mengiringi sehingga hati saya berbolak balik apakah hikmah di setiap perkara tersebut. Tidak terjawab setiap persoalan yang menghantui saya, sehingga akhirnya saya meminta supaya Allah memberi jalan untuk saya, tunjukkan kekurangannya, singkapkan kekurangannya agar saya mampu untuk berkata TIDAK.

Akhirnya, satu per satu kekurangannya diperlihatkan. Saya tidak berkata dia tidak layak untuk saya yang serba kekurangan tetapi saya meletakkan harga yang sungguh mahal untuk menawarkan cinta kepada mana-mana lelaki. Saya bukanlah gadis solehah, tetapi saya mengharapkan agar saya diberikan kekuatan untuk mengikut langkah seperti srikandi agung yang harga cinta mereka adalah Allah.

Saya tidak sekuat srikandi pejuang agama namun rantaian perjuangan mereka yang saya susuri melalui kitab sirah sangat mengagumkan. Saya terus berdoa dan berdoa kepada Allah, tiada henti sehingga adakalanya saya seperti anak kecil yang berhajatkan sesuatu yang terlalu besar.

Saya pernah ditanya ramai orang, apakah ciri-ciri lelaki yang saya mahu jadikan sebagai suami. Saya tidak menyambut soalan itu dengan jawapan sebaliknya saya membuat muhasabah diri. Bukankah lebih baik saya memberi fokus untuk menjadi anak yang solehah, seterusnya berusaha untuk menjadi isteri solehah yang akan mendidik anak-anak sebagai ibu yang solehah. Saya meletakkan soalan mereka kepada saya, apakah saya layak dan mampu mendidik diri saya menjadi solehah?

Apakah kini ibubapa saya telah mendapat anak solehah?
Apakah suami saya kelak akan mendapat isteri solehah?
Apakah anak-anak saya kelak akan mendapat ibu solehah?

Saya berbesar hati dan berterima kasih pada setiap yang pernah bertanya kesudian diri ini menjadi sayap kiri pada perjuangan mereka. Namun, satu yang tidak mereka beratkan ialah ibubapa saya. Telah saya ikrarkan bahawa cinta saya harganya sangat mahal, untuk Allah.

"keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa"

Saya mahu mendapat keredhaan ibubapa yang selama ini memberikan kasih sayang secara eksklusif, mahal dan tiada setara dengannya. Makhluk Allah yang begitu saya muliakan selain Rasulullah. Mereka hampir dengan hati yang mahu membeli hati saya tanpa dahulu membeli hati kedua ibubapa saya, itu kesalahan terbesar mereka di mata saya.


Saya penat bersoal jawab dengan rakan, taulan, kenalan dari pelbagai latar belakang sehingga akhirnya saya meminta keizinan dari kedua ibubapa saya untuk menyarung cincin di jari saya. Bukan untuk mengaburi mata insan lain tetapi untuk mencari helah dari terus-terusan diberi pelawaan untuk menuju gerbang rumahtangga. Ibubapa saya memberi keizinan tersebut, dan saya aman seketika. Pada setiap yang hampir, saya hanya tersenyum dan menunjukkan jari manis saya yang sudah tersarung sebentuk cincin.

Saya tidak menipu tetapi saya membuat helah. Walaupun ada dikalangan sahabiah marah dengan tindakan saya, ada juga dikalangan keluarga yang tidak menyetujui tindakan saya yang seakan-akan 'declair' bahawa sudah ada yang mengisi kekosongan 'tersebut' namun saya pujuk juga hati yang terluka dengan mengatakan, ia dengan izin ibubapa yang lebih memahami hati anak gadis mereka.

"Kalau dah pakai cincin di jari manis, nanti bertunang dan menikah nak sarung di jari mana lagi?

"Nanti orang nak 'tanya' pun tak berani, dah pakai cincin awal-awal."

Saya telan kata-kata itu, adakala saya meluahkan segugus perasaan pada ibubapa tetapi mereka tenang sahaja. Dan saya tidak akan melupakan kata-kata bapa saya.

"Hanya yang berani untuk bersua dengan keluarga untuk bertanya 'status sebenar' sahaja akan mengetahui, dan dialah yang paling bersungguh."

Akhirnya, sehingga itu saya menutup kamus tentang jodoh kerana saya aman dengan janji Allah, saya merasa tenang dengan kata-kata bapa sebagai wali mujbir mengatakan bahawa hanya yang BERANI dan BERSUNGGUH sahaja mampu untuk tahu perkara sebenar. Saya biarkan sahaja persoalan jodoh.

Di saat sahahiah lain bercerita mengenai status isteri solehah, saya tidak menceburkan diri kerana saya sedang bermujahadah untuk mendapatkan status anak solehah.

Pelik bukan, kita selalu berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang jauh dari kita tetapi kita tidak memanfaatkan apa yang hampir dengan kita. Sebagai anak gadis, apakah lebih manis apabila kita memberi seluruh usaha solehah untuk menjadi anak solehah kerana seorang anak yang tolehah tidak akan mampu dengan lafaz ijab dan qabul terus berubah menjadi isteri solehah, ianya perlu pada lentur nafsu dan ego.

Apabila ibubapa meredhai diri kita, insya Allah kelak suami juga akan mudah untuk meredhai kita kerana kita sudah berusaha untuk menjadi anak solehah, kemudian meletakkan diri di tempat berbeza, usahanya masih menggunakan aras yang sama iaitu menjadi solehah. Kalau kita tidak mampu menjaga hati dan perasaan ibubapa, adakah kita mudah untuk melentur diri untuk memuaskan hati dan perasaan seorang suami?

Saya menghilangkan diri di tengah kesibukan sahabiah lain yang sedang menyiapkan diri untuk menuju gerbang rumahtangga. Saya menyorok dari setiap lenturan emosi dan akhirnya saya hanya punya satu kekuatan iaitu menanam yakin pada Allah.

Siapa saja jodoh saya bukan pilihan saya, bukan juga pilihan ibubapa saya tetapi pilihan Allah untuk saya.

Dan harga cinta saya terlalu mahal, untuk Allah. Bagi membeli hati saya, dia haruslah terlebih dahulu membeli hati ibubapa saya kerana saya masih mempunyai ibubapa yang berkuasa mutlak atas diri saya. Mereka berhak ke atas setiap perkara yang bersangkutan dengan urusan dunia juga akhirat saya.

Dalam kesibukan menghilangkan diri di tengah hiruk pikuk keadaan, saya diberitahu oleh bapa saya tentang lamaran seseorang. Saya cuba menenangkan diri, mencari tahu siapa orang yang BERANI dan BERSUNGGUH tersebut. Bapa saya menjadi orang yang paling mendamaikan, ibu pula bertindak menjadi penasihat. Akhirnya, telah Allah beritakan bahawa yang paling BERANI dan BERSUNGGUH itu ialah orang yang telah membeli hati ibubapa saya. Bukan membeli hati saya seperti sebelum ini.

Saya katakan kepada ibubapa, mereka telah membeli hati ibu dan bapa saya tanpa membeli hati saya tetapi saya akan menghadiahkan cebisan hati saya untuknya. Dia tidak berjual beli dengan saya tetapi dia berjual beli dengan Allah, kerana saya telah katakan seperti awal tadi, cinta saya untuk Allah. Dan sebagai pembeli budiman yang membeli cinta Allah, saya menghadiahkan kalungan penghargaan untuknya dengan memberikan cebisan hati saya untuknya tidak lain atas kerelaan dan keredhaan ibubapa yang mengharapkan bahawa dia adalah pilihan Allah untuk saya.

Pada si mawar yang berusaha untuk menjadi mawar berduri, pesan saya bersungguhlah membenteng diri walau ada ketika dan masa ada kumbang yang cuba menyentuh duri yang memagari dirimu, bukan mereka tak tahu tajamnya sakit tusukan durimu tetapi mereka rasakan bahawa itu adalah usaha. Pesan saya, teruslah memagari diri dan jangan biarkan sehingga kumbang-kumbang itu membuatkan jasadmu terluka dengan usikan-usikan liar.

Ada kumbang yang sekadar memberi salam dan berlalu.
Ada kumbang yang singgah bertanya kesudian mawar indah.
Ada kumbang yang mahu menguji sejauh mana tajamnya durimu.

Anggaplah setiap yang hampir adalah UJIAN untuk lebih bersama dengan Allah, supaya lebih akrab dengan Allah. Yakinlah, Allah sentiasa ada untuk mendengar suara hati kita. Bahagialah atas ujian Nya kerana janji Allah, setiap kesulitan akan diiringi dengan kemudahan.

Saya minta sedikit, tetapi Allah berikan kepada saya jauh lebih besar dari apa yang saya pohon. Satu saja yang ingin saya katakan, cintakan Allah tiada kecewa.

p/s: benar bukan, CINTA ALLAH cinta teragung (^_^)..

Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Ahad, Februari 20

Buang Masa

Bismillahirrahmanirrahim

setiap detik waktu yang berlalu takkan pernah berputar kembali, jesteru Allah bersumpah dengan MASA dalam kitabullahil aziz,

Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian melainkan yang berpesan-pesan dengan kesabaran dan kebenaran.

ana sering merasakan diri membuang masa, walaupun kerap kali ayahanda kesayangan menegur.
"sibuk Ana ni, warisi dari siapa?" soalnya lagi pabila melihat ana tak lekat di rumah..

"Abah, ana sibuk bersebab insha Allah, dan kalau boleh ana taknak masa yang terluang ana berfikiran yang macam-macam" Abah menjawab dengan senyuman dan anggukan.

Mohon benar Mak dan Abah redha tiap langkah perjalananku.mudahan,insha Allah.

insan pertama selepas rasulullah, yang cukup aku kagumi adalah mak dan abah.

sehabis resah mereka melepaskan anak dara sulungnya ini keluar menuntun langkah perjuangan, mereka tidak pernah menahan. siap lagi beri tips untuk menyelamatkan diri jika diganggu orang. menghulur wang seandainya mereka tahu dompet yang ku bawa ke hulu ke hilir itu tidak lain hanya penuh dengan resit bukannya wang!

moga Allah beri share pahala pada mak dan abah yang selalu memudahkan langkah Ana.

terharu dengan doa dari bibir abah yang selalu ana buat-buat tak dengar tetapi cepat mengaminkannya dalam hati.

"moga suami ana nanti faham perjuangan ana"

amin ya rabb.

kalau diizinkan jadi seperti Rabiatul Adawiyah, mahu sahaja tidak lagi membuka hati untuk insan bernama lelaki.

 terkedu saat membaca jawapan insan sufiyah teragung itu pabila ditanya mengapa dia tidak mahu berkahwin?

"perkahwinan itu adalah buat insan yang mempunyai PILIHAN, dan aku tidak lagi ada pilihan itu"

Allahuakbar, hati dan jiwa Rabiatul hanya milik yang Esa, lantaran manusia mana yang bisa menggantikan tempat kekasih agung itu di hatinya?Rabiah tidak ada lagi pilihan melainkan DIA.

ana sendiri, masih jauh dari cinta agung itu..seringkali hati mencumburui Rabiah, namun zikir tak selalu, tasbih tak dibibir, qiam bukan amalan, puasa tak menentu, mahu lawan Rabiah?

takkan mampu.

dan kamu ada pilihan lain untuk ke syurga selain dari menyibukkan diri dalam perjuangan?

tidak.

 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Rabu, Januari 26

Selembar sayang dari Ana, maafkan..

Bismillahirrahmanirrahim


 maafkan ana, jika terlalu banyak amanah yang ana junjung ana biarkan..
maafkan ana, kerana tak terkira tiap janji yang tidak ana tunaikan..

ana penat,letih dan kecewa dengan hidup, lantas

membiarkan diri menangis dengan ujian yang menimpa,
membiarkan diri leka mencari habuan dunia yang pastinya bukan bekalan ke akhirat sana..
membiarkan diri terus menjauhkan diri dari perjuangan yang payah dan melecehkan..

akhirnya allah beri apa yang ana minta,

ana senang tapi ana sunyi..
ana lapang tapi ana rindu..
ana tiada bebanan tapi ana tetap resah..

kerana ana jauh dari Allah
ana lupa yang suatu masa dahulu, ana tak berkira dengan perjuangan..
biar wang tergadai, biar airmata menitis, biar peluh keringat membasah, biar dicela, biar dipandang hina,biar tiada masa untuk merehatkan mata dan minda..Allah bersama ana..ana sentiasa tenang kerana ana tahu rasulullah yang ana cintai itu terlebihnya berkorban demi Allah,agama dan UMMATNYA! iaitu kita..rasullah bergolok bergadai..Baginda insan termulia tapi hidup dan mati baginda tanpa harta, TIADA! kita?

lupakah kita tatkala nyawa di hujung kerongkong, nabi masih menyebut ummati..ummati..ummati...
ummati itu lah kita semua..penyambung perjuangan nabi..nabi rindu kan kita sewaktu kita masih belum ada..belum wujud..tapi di kacamata baginda saat sakaratulmaut itu, wajah ummatnya yang ada dalam bayangan minda suci rasulullah yang agung..tapi kita saat ini? sibuknya kita mencari masa bercuti bersama keluarga, mencari masa menggandakan wang yang ada sebanyak-banyaknya..sibuknya kita menunaikan hasrat manusia..padahal impian nabi tercinta di pandang sepi oleh kita..baginda yang pertaruhkan segala, hatta matinya kerana diracun..demi kita..demi menyampaikan agama suci ini utk kita..rasulullah biarkan diri nya lemah tak berdaya tak cukup rehatnya..biarlah agama ini sampai pada ummat ku..mungkin itu hasrat nabi termulia..

tak segankah kita berpeluk tubuh?membiarkan yg berada dlm jemaah bertungkus lumus bergerak..aku dengan cara aku.. saya dengan cara saya..membawa dakwah? nabi itu insan paling agung, tapi baginda menjunjung perjuangan dlm kelompok sahabat! dlm jamaah ada keberkatan..allah permudahkan langkah rasulullah bergerak dalam kumpulan..biar pun terlalu banyak kelemahan dlm organisasi, jadilah kita agen perubah! jgnlah kita jadi tentera yang menarik diri sebelum sampainya kaki ke tapak peperangan, jgnlah kita jadi orang yg rugi..

hari ini, Allah tegur ana lagi dengan penuh kasih sayang dan kelembutan biarpun ana pernah meninggalkan Dia, biarpun ana cuba utk lari dari bebanan...Bicara Allah buat diri..

"Mereka (menolak dengan) berkata: “Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu”. (Al Maidah:24)


Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah – membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.(at taubah:39)


Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).(At taubah:24)

andai lama kita di dalam perjuangan ini kita rasakan sudah cukup untuk membantu kita menepis azab2 allah, ingatlah orang yang lari dari perjuangan adalah kaum yang paling rugi, Allah tak hiraukan kita,allah tak kisahkan kita jika kita mahu resign dari semua kerja-kerja Allah ini, kerana Dia ada pengganti yang lebih baik..pengganti itu mencintai Allah sepenuh hati dan Allah juga terlalu cintakan mereka..

jangan jadi insan yang tercicir tanpa cinta Allah..kerana azab NERAKA tiada tolak tanding kesakitannya..

airmata menitis lagi..

Allah, ampunkan kami..

Pedagang Sementara,
Nurul Farhanah..


 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Isnin, Januari 17

Luka lama..

Bismillahirrahmanirrahim

Biar sesak menahan nafas. Kesedihan yang ada cuba di tampung. biar yang lahir di wajah adalah kegembiraan seerti dengan maksud nama pemberian ibu, Cahaya kegembiraan..

Allah jadikan airmata..untuk di alirkan kerana ia melegakan, bukan? bukan bukti kelemahan, bukan bukti tidak meredhaikan?

Yang berlalu ada hikmahnya..Pastinya aku tak tahu, apa rahsia itu..Allah mengaturnya dengan aturan yang cukup baik. Hari ni, soalan itu datang lagi..

"Ana, ok?"

aku senyum lagi..peritnya memberitahu sesuatu yang bertentangan dari yang ada di dalam hati. Buat-buat sibuk. Baca ini baca itu..selak ini selak itu..rupanya ingatan dan luka ini masih ada. bila soalan yang sama di tanya, yang nyata hati aku cukup pedih.

manalah penawar yang terbaiknya..

"Jangan lupa 2 perkara ini..Al Quraan dan Qiammullail" aku terkedu mendengar amanat dari bapa angkat ku, walid. wajah walid ditenung. mahu benar kata-kata itu meresap hingga ulu jantung, biar tak lupa!

"dua perkara ini sahaja yang menguatkan kita, siapa lagi yang akan beri kekuatan pada kita kalau tidak Allah" Allahuakbar, kata-kata itu meresap.

airmata ini jatuh lagi, jauhnya diri dari allah..lalu luka yang lama itu berkudis lagi..sepatutnya ujian allah itu hanya di pandang kecil oleh diri kerana kamu wajib ada cita-cita yang lebih besar..

THABAT DALAM PERJUANGAN ALLAH!

Allah, berikan aku pendokong yang paling baik untuk mendokong aku dalam perjuangan ini..aku mahu redha dan cintaMu, Allah.


 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Jumaat, Januari 14

Soalan-soalan berkaitan pelaburan dan perlindungan =)

Bismillahirrahmanirrahim

Setelah menulis beberapa artikel mengenai pelaburan di bawah tajuk BIAR WANG BEKERJA UNTUK KITA  dan KITA MERANCANG, ALLAH MENENTUKAN, ramai juga yang meng'inbox' saya untuk bertanya lebih lanjut mengenai pelaburan. Alhamdulillah, saya kagum dengan kesungguhan anda untuk membuat hijrah yang baik! =)

Soalan 1: apa langkah-langkah dan prosedur yang perlu di ambil jika mahu membuat pelaburan?

 Ini cadangan saya:

1)Jawab soalan ini, Adakah anda benar-benar berminat dengan pelaburan? Jika Ya, next question.

2)Adakah anda tahu basic pelaburan? Ini insha Allah boleh diterangkan secara mudah jika face to face/ melalui emel.Yang ni no worries, next!

3)Adakah anda tahu pelaburan yang paling baik dan menguntungkan adalah pelaburan jangka masa panjang? (iaitu more than 3years), Jika ya, next!

4)Ada baiknya untuk anda ke artikel saya yang ini Aliran tunai untuk analisa kewangan anda. Dah siap? Next!

5)Jika ada peruntukan wang untuk pelaburan, dengan ini saya yakin anda boleh dan mampu untuk melabur..Boleh lah contact saya, saya akan cuba bentang lebih lanjut insha Allah =)

Soalan 2:Berapa yang diperlukan untuk pelaburan? Saya pelajar, duit simpanan tak banyak..macammana nak melabur?

Jawapan saya : Anda tetap mampu melabur! paling kurang adalah jika anda boleh menyimpan RM70 sahaja untuk sebulan!

Pelaburan ini adalah pelaburan yang ada di dalam Takaful..Di samping anda boleh mendapat perlindungan anda juga boleh membuat pelaburan sejak awal..lagi bagus, dapat 2 in 1..macam shampoo..hehe

Soalan 3:Jika budget untuk pelaburan adalah RM200 ke atas?

Jawapan saya : Jika anda mampu, melaburlah untuk kedua-duanya. iaitu Takaful dan Pelaburan Unit amanah saham. Takaful lebih kurang RM100 sebulan dan pelaburan Unit Amanah Saham permulaannya adalah RM1000 dan RM100 sebulan..sebaiknya mesti ada perlindungan/takaful walaupun ambil yang minima dan selebihnya nak letak lebih di Unit amanah saham pun boleh..(itu pendapat saya lah ye, terpulang anda sebenarnya)

Soalan 4: Saya tiada duit cash, adakah cara lain?


Jawapan saya: Anda  sudah bekerja dan ada KWSP? gunakan duit KWSP untuk buat pelaburan bijak. Tahukah anda dividend KWSP adalah sekitar 5.7% setahun? Tahukah anda potential return unit trust (distribution+capital gain) untuk long term investment (with the right strategies)  selalunya sekitar 8-12% setahun? Baca Lebih lanjut DISINI

Soalan 5:Kenapa Nak Takaful?

Jawapan saya : Takaful ni boleh bantu kita (jika kita menghidap penyakit kritikal, kita akan dapat bantuan) dan jika kita meninggal dunia, keluarga akan dapat pampasan..Pastinya duit yang banyak itu tak dapat mengembalikan nyawa yang sudah pergi tapi sekurangnya duit yang tinggal boleh digunakan untuk membayar hutang yang ditinggalkan si mati, dan dapat digunakan untuk amal jariah yang diniatkan untuk si mati..

taukan ada 3 perkara je yang tak terputus bila anak adam itu mati, iaitu anak soleh, ilmu yang berpanjangan dan amal jariah..insha Allah jika kita masuk takaful, adalah pelaburan kita di alam kubur nanti, mudahan =)

andai kita bersungguh untuk pelaburan 20 hingga 40 tahun yang akan datang..biarlah kita bersedia juga untuk pelaburan yang kita akan kekal selamanya di alam barzakh nanti..itulah AMAL JARIAH =)

maaf salah silap..

p/s: pisang emas di luaq pagar, ambil galah tolong jolokkan...(sambung sendiri ye~)

wallahualam..

 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Khamis, Januari 13

Boleh nak rasa kecewa?

Bismillahirrahmanirrahim

"Kak Nana menangis?" satu-satunya adik perempuan ku menegur. Aku tahu,dia adik yang cukup prihatin pada adik beradiknya. Aku diam.

entahlah, selalulah orang melihat aku keras dan tegas macam besi. tapi hati macam agar-agar, lembik! mudahnya airmata mengalir tapi mudah juga aku senyum semula. Alhamdulillah..

kecewa dengan orang lain, pedih.
kecewa dengan keluarga terdekat, sakit.
tapi kecewa dengan diri sendiri, DERITA!

allahuakbar..nak kecewa apa lagi dalam dunia ini, wahai yang bernama farhanah?

"Allah beri kamu, segala~..Allah beri kamu, segala kecukupan..Allah beri sahabat-sahabat yang membimbing..Allah beri adik beradik yang menceriakan..Allah beri saudara-saudara yang menggembirakan..paling penting, dalam tiap langkah ku, Allah sentiasa ada, sangat dekat dalam hati.."

kita kecewa
bila orang melupakan kita..
bila orang tak berterima kasih dengan kita..
bila orang tak menghargai kita..
bila kita tak dapat apa yang kita pinta..
bila orang terdekat dengan kita tak percaya pada kita..

NAMUN,

kecewa mudah hilang..bila kita belajar untuk bersyukur..
kecewa pasti hilang, andai kita yakin islam dan iman itu cukup untuk memberi kekayaan buat diri..
kecewa akan ghaib jika kita yaqin setiap yang kita lakukan adalah menanam..untuk dituai di akhirat nanti..
kecewa pasti tiada bila kita tahu ada yang paling rapat dengan kita. yang akan tetap berlemah lembut, cinta dan kasih pada kita tanpa ada hadnya..

semuanya bila Allah selalu dalam hati..

"Allah, jangan tinggalkan ana walaupun sesaat..ana perlukanMu setiap detik..pelihara ana ya Allah dengan nusrahMu.."

 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Rabu, Januari 12

Finance dari kacamata Al Quraan =)

Bismillahirrahmanirrahim

"cuti 3bulan ni kita memondok dan hafal quraan ye, B" ku lihat mata sahabat ku bersinar.

"boleh! kita hafal 30juzuk ye..Farhanah, saya teringin sangat nak belajar kat Mesir" kali ini, mataku pula yang sayu dengan niat suci dia.

"ana pun nak sangat belajar kat sana..tapi jurusan kita takde kat sana kan?" dia angguk dengan senyuman.

Masing-masing belajar untuk meredhai..Taqdir Allah yang menempatkan kami di tempat penuh ujian di tengah-tengah kota. padahal hujung hati sangat merindui kesepian kampung dan kedamaian suara burung dan juga suara azan dan bacaan al quraan yang bergema tatkala aku di asrama dahulu.

bila belajar akaun ni, lagi-lagi kat tengah bandar tambah pulak bahasa omputih nya..tambah lagi dengan orang-orang bukan islam yang seksi meksi..plus lagi orang sekeliling yang dengan mudahnya beraksi panas di tempat-tempat awam...haih~ rasa jauh benar lah dari tuhan...

itulah yang saya fikir dahulu..payahnya nak bawak agama..rasanya nak sangat tukar kos..amik syariah ke quraan sunnah ke..takpelah tak dapat pergi ke oversea pun! sebab apa yang saya belajar ni sangat lah lagha (melalaikan)...saya rasa diri sendiri makin-makin teruk!

saya pernah terfikir, sains selalu dikaitkan dengan al Quraan..akaun tak de ke? nak tukar kos ke sains..saya taklah bijak sangat untuk amik aliran sains...Jadi, saya teruskan je lah amik akaun ni..

tahun ni, allah pertemukan saya..

bukan dengan jodoh..=P

tapi dengan satu ayat al-quraan.


 Firman Allah, mafhumnya:
(Nabi) Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan (untuk masa susah) baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).”  Surah Yusuf: 47-48


tau apa riak wajah saya saat penceramah itu menerangkan tentang ayat ini ketika saya mengikuti taklimat kewangan? senyum lebar sampai ke telinga =D

rupanya ada dalam al-quraan ni sebut tentang PERANCANGAN KEWANGAN..

alhamdulillah..

nampak benor saya ni membaca al quraan dan terjemahan..bukannya MENTADDABUR! tadabbur quraan yang bermaksud menyelami maksud di sebalik ayat..saya bace atas ayat je..allahuakbar..tipisnya iman saya..

tapi takpelah..alhamdulillah, Allah beri saya keizinan untuk mengetahui ayat yang sangat berhubung kait dengan kos saya dan diri saya..nak sangat jadi Pakar Perancangan Kewangan Islam (taktau cita-cita yang keberapa dah ni..hurm ke-100 agaknya )

apapun, doakan saya terus belajar dan belajar..mak nak suh saya jadi pensyarah juga =D..doakan lah yang terbaik untuk saya..

terimkasih,sekian~
 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Selasa, Januari 11

TIPS MENCARI dot dot dot..

Bismillahirrahmanirrahim


Cerita 1:
"Ana! saya nak tanya awak ni..apa ya pendapat awak tentang seorang perempuan yang ada Master nak berkahwin dengan Driver lori?"
fuh, terkezut juga saya diterjah soalan ini, macam kaunselor pulak bunyinya..


Cerita 2:
"Kak ana, saya nak tanyakan..boleh tak kita pasang niat untuk TAKNAK BERKAHWIN?" saya senyum, orang merujuk saya pasal kahwin je ni..pelik juga..


Tapi takpelah, tidak mahu menghampakan hati teman-teman ini, jadi saya berilah pendapat dangkal seorang manusia saya ni..padahal saya pun terkapai-kapai,alahai~


Pendapat 1:
"erm, saya rasa ok jer..menurut cerita awak ni tadi..si pemandu lori ni banyak kemahiran lain, bukan setakat pandu lori je..plus dah ada rumah dan kereta sendiri pun..so, tukaq la sikit..janganlah panggil dia pemandu lori, panggillah dia Mechanic ke..Engineer ke..sebab dia pandai baiki machine kan =D~ dah ada rumah plus kereta tu dah kira lebih hebat dari fresh graduate university..Mudahan family si perempuan boleh terima lelaki tu,insha Allah" panjanglah lagi perbincangan nya, tapi saya cut2 dan edit2 sikit..selebihnya saya hanya mampu berdoa, mudahan si ibu dan si bapa menilai lebih dari sudut agamanya bukan dari sudut sijilnya!


Pendapat 2:
"Erm, memang lah tak boleh..Nanti bila kat padang mahsyar, kita mencari-cari Nabi Muhammad SAW..Sebab nabi yang boleh beri syafaat kepada kita..tiba-tiba bila kita jumpa nabi, nabi kata pergilah kat nabi lain sebab kau ni bukan dari umat aku..ha~ camne? tak sedih time tu? pergi kat nabi lain confirm-confirm lah nabi lain tak terima sebab kita ni adalah umat nabi muhammad SAW yang mulia"


~jadi, janganlah pasang niat yang tak baik tu..Seorang Makcik saya merangkap makcik kesayangan saya..Dia dah pun berumur 50 tahun dan masih single and available..Kerana patuh kepada ibu dan ayah, 3kali risikan ditolak semasa hayat mereka (tak silap ingatan saya lah)..selepas kedua-dua ibubapanya sudah tidak ada lagi di Bintulu, Sarawak. Makcik saya tetap berusaha mencari jodohnya..Dia berhijrah ke Kuala Selangor dan bekerja sebagai pengasuh..Dan semua itu adalah di antara usahanya untuk mencari jodoh dan usahanya untuk menyahut seruan nabi agar tergolong dalam golongan yang diakui umat..ini kan kita yang baru berumur sekitar 20an,30an (atau apapun #an)? Jangan putus asa =)


oh, lagi satu..seorang sepupu saya pernah berkongsi satu perkongsian yang diperoleh dari Dr Mashitah..


"Wanita itu MENCARI, dengan MEMPERBAIKI DIRI dan BERDOA!"


dan saya tambah lagi satu, kene follow up dengan USAHA! sukahati saya je tambah-tambah kan?itulah sunatullah..bayangkan juga, kalau perbaiki diri dan berdoa tapi dok dalam rumah, siapa yang akan kita jumpa? erm, faham dah rasanya kesimpulan saya nih..=)


beberapa kisah yang saya tempuhi membuat saya kagum..ramai wanita yang cukup pemalu dan solehah meminang lelaki soleh yang dirasakan layak untuk menjadi calon suaminya..saya kagum dengan keberanian bidadari-bidadari syurga ini menyusuri tauladan Siti Khadijah RA yang penuh ibrah..moga usaha kalian di rahmati allah dan diredhai olehNya..kagum juga saya dengan ketepatan kalian meletakkan MALU dan BERANI pada tempatnya..dan ini adalah salah satu USAHA =)


Jadi, kalau boleh janganlah letak niat taknak kahwin tu..rugi nanti bila Rasulullah yang mulia tak mahu mengaku kita ummatnya..kalau dah terdetik, istighfarlah..Allah maha pengampun..


so, tips nak mencari?


PERBAIKI DIRI+DOA+USAHA=mudahan berjumpa, tak didunia, bertemu di syurga insha Allah=)




 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

NusrahMu..

Bismillahirrahmanirrahim

"ana..ana ok kan?" cemasnya suara emak menalefon saya.

"ana ok insha Allah" gembira,alhamdulillah masih ada yang sayang..saya mencari tempat paling jauh untuk menumpahkan airmata, namun ibu tercinta yang ada di malaysia masih boleh dengar tangisan anaknya di Perth yang jauhnya beribu batu.

"ana ok ye? sabar ye nak. jangan buat perkara yang tak sepatutnya" suara abah berganti pula. aku senyum lagi di celah airmata yang makin laju luncurannya.

"ok abah..insha Allah, ana ada Allah untuk ana minta pertolongankan?masih ada mak abah yang selalu mendoakan" sedaya upaya menahan getar, tak mahu permata hati ku di sana resah.

"kenapa telefon banyak kali semalam tak berangkat? mak risau!" beralih telefon ke tangan emak semula..

"ya Allah! soriii, ana silentkan lepas tu letak dalam beg dalam bilik..dan pergi study kat dapur..memang tak dengar..sori ye" menyesal pula aku,membiarkan handphone terperuk di dalam beg. padahal dah beribu kali diingatkan oleh abang mi ku..Jangan dipisahkan handphone dari tangan, takut ada perkara penting! itu nasihat si abang yang cukup prihatin terhadap adiknya ini.

aku keras hati.egois? mungkin juga.

tak mahu meresahkan mak abah.yang sudah puas diresahkan oleh aku dengan pelbagai ragam. biar kali ini, kesedihan ditelan sendiri, tahan dalam-dalam.

cerita itu dah berlalu..aku kira dah lama..biar ramai yang bertanya khabarku..jawapannya tetap sama, aku ok insha Allah..=) kerana yakin aku dengan tiap ketetapanmu akan ada hikmah indah yang berselindung..

allah tak beri apa yang aku mahu, tapi Allah beri apa yang aku perlu..

Allah kurniakan aku keluarga yang membahagiakan..
Allah hadirkan sahabat yang menenangkan..
Allah isi hari-hari ku yang berlalu dengan kebaikan dan keselamatan..

alhamdulillah..

cuma hari ini, hati sebak semula..kesedihan yang ditelan dulu, seolah mahu keluar dari tempat persembunyiannya.

Dekatkan aku dengan nusrahMu, Allah..

 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Jumaat, Januari 7

Kita Merancang, Allah Menentukan~

Bismillahirrahmanirrahim

"Berapa menyimpan sebulan?" setelah penat bergurau senda saya mengeluarkan soalan yang lebih serius.

"hurm, kadang-kadang aud200. alamak..tapi itupun biasanya bila sampai hujung bulan, tinggal aud100 atau habis" keluhan itu sama dengan keluhan saya. saya juga begitu. ada sahaja laluan duit itu untuk dihabiskan walaupun saya bukanlah kaki shopping! pergi City pun boleh sesat agaknya~

alasan lagi.."ala,biasalah macam tu..KITA MERANCANG, ALLAH YANG MENENTUKAN"

Ambuih, cepatnya bila yang silap itu disandarkan pada ketentuan Allah. Rupanya kita yang terlalu rapuh dalam merancang kewangan. usaha dulu kemudian baru tawakal pada Allah..

"Abang Lil, abang simpan berapa sebulan?" seusai solat berjemaah, saya mengaju soalan santai kepada abang saya, sekadar mahu merapatkan ukhuwah.

"Alamak na..ada la sikit..kalau ada lebih, menyimpanlah!" sedih juga bunyinya tu..Saya lantas mengambil buku nota dan pen. Meminta senarai perbelanjaan abang sulung kesayangan saya ni. Catit punya catit, kira punya kira, memang takde langsung baik yang tinggal!

"bang Lil, kalau semua duit pinjaman PTPTN tu digunakan untuk bayar yuran sekolah, bang lil guna duit apa untuk makan?" saya bersuara bimbang. Mana tidaknya saya tahu sangat, dia bukannya meminta sangat belanja dengan emak dan abah.

"pandai-pandailah nak hidup" dia senyum. Allah..sukarnya mahu hidup di Malaysia. Elaun kecil tapi kos hidupnya tinggi! bang lil terpaksa bekerja part time. Duit pinjaman khas untuk pelajar pun tak sepadan dengan perbelanjaan seorang pelajar!

Setelah membaca buku "Kemana Wang Anda", saya terjumpa satu cara untuk memudahkan abang saya membayar pinjaman pengajian tu, iaitu melalui pelaburan..saya tulis di post sebelum ini 




Buat Pelaburan

-Pendahuluan RM 1000 dan melabur RM 100 Setiap bulan
-Kadar pulangan 10% dalam masa 5 tahun.
-Insha Allah boleh dapat RM 7808!
-Kalau dengan kadar pulangan 10% selepas 10 tahun, insha Allah boleh dapat RM 20, 655!

Berminat! Pelaburan memang boleh beri pulangan yang menguntungkan jika melabur dalam tempoh 3 tahun keatas..Makin panjang masa, makin menguntungkan.

Setelah berbincang lebih mendalam beberapa perkara, abang lil got one point, dia perlu menyimpan dalam bentuk pelaburan supaya duit itu bertambah dengan kadar yang menguntungkan. Alhamdulillah..

tapi katanya tak mampu untuk sediakan RM1000 untuk pendahuluan pelaburan. Betul juga, Rm1000 bukan jumlah yang sedikit..Tapi ada satu ALTERNATIF yang boleh di buat.

Dia boleh melanggan produk takaful yang ada 2 dalam 1..ada simpanan dengan maximum dividen 6% dan juga perlindungan sekaligus. Memang dividen agak sedikit tapi ia simpanan yang sangat selamat dan dia ada perlindungan sekaligus!

Takaful Savings Plan


-Tak perlukan RM1000 untuk pendahuluan
-Ada 2 dalam satu (Simpanan/pelaburan dan Perlindungan)
-Simpanan  rendah RM62.69 sebulan, untuk tabungan selama 25 tahun.
-Automatik dapat perlindungan RM 100,000
-Jika masih hidup, selepas 25 tahun, insha Allah manfaat yang diperoleh adalah RM 33,661.89
(lebih dari cukup untuk bayar PTPTN secara cash dan dapat lagi buat duit pendahuluan kereta =P )

dia akhirnya buat keputusan, untuk usahakan cari rm1000 dan mulakan pelaburan dan ia adalah langkah yang sangat BESTARI!..Tapi nasihat saya, jika mahu memulakan langkah bijak dan tidak mampu untuk sediakan RM1000, boleh teruskan dengan mengambil pakej takaful savings plan yang hanya RM100 setiap bulan. Kalau kurang faham tulisan saya yang memeningkan ini, silalah hubungi saya melalui emel/ facebook saya..sesi rundingan dan diskusi percuma =)

Selamat Menyimpan dan Melabur~

 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Khamis, Januari 6

Produk Islam Vs Orang Islam

Bismillahirrahmanirrahim

Kes 1:
seorang pegawai bank dan juga muslim bertanya saya "Kenapa nak buka akaun islamic ye? susah nak buat pinjaman guna akaun ni"

Kes 2:
"islamic akaun ni hanya untuk yang ada janggut sahaja!" sekali lagi orang awam yang juga berbangsa melayu dan seorang muslim bersuara kepada saya.

Kes 3:
"You kalau nak melabur, melabur dalam islamic fund..saya masuk chinese fund, RUGI teruk! islamic fund turun percent tapi tak banyak, islamic fund STABIL." ini nasihat dari peguam yang berbangsa India dan beragama bukan islam.

aduh-aduh..terbalik semuanya..orang bukan islam lebih menghargai produk islam, kita pula? renung-renunglah..

 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."

Selasa, Januari 4

ada masalah duit?check it out GUYS!

Bismillahirrahmanirrahim

semua orang pun ada masalah duit..yang sikit duit tak cukup duit..kais pagi makan pagi kais petang makan petang..yang kaya, makin nak besarkan rumah,besarkan kereta..aleh-aleh, duit yang banyak pun jadi sikit balik sebab kemahuan makin MEMBESAR sama!

masalah tak cukup duit berkait rapat dengan bagaimana aliran tunai yang berlaku dalam kehidupan kita seharian/bulanan..Jadi, saya kongsikan anda dengan jadual aliran tunai yang saya peroleh ketika saya ke taklimat kewangan tempoh hari, mudahan ada manfaatnya untuk anda semua!

FORMULANYA MUDAH SAHAJA

A adalah wang masuk/pendapatan/elaun dan mesti ditolak dengan B iaitu wang simpanan terlebih dahulu! samaada simpanan itu pelaburan/simpanan biasa..dan kemudian baru tolak C iaitu perbelanjaan


sebabnya mudah..kalau kita tolak belanja dulu, alamat yang tinggal untuk simpanan..adalah kot RM10..bulan depan RM5, bulan depan lagi? hoho..jadi,silalah tolak wang simpanan di awal-awal waktu ye..



Baki yang ada (jika ada,ALHAMDULILLAH), kalau boleh letakkan dalam simpanan kecemasan/pelaburan..jangan cepat rasa seronok ada lebihan untuk dijolikan..berpadalah..dengan pelaburan kita boleh peroleh pendapatan lebih untuk jangka masa akan datang dan jika kita simpan untuk kecemasan, paling tidak kita tak lah mencari-cari bila wang diperlukan pada waktu terdesak.

Jangan lupa letakkan perbelanjaan ukhrawi..ada sahabat saya pesan, dia selalunya letakkan 10% dari pendapatan beliau untuk perbelanjaan ukhrawi ni..ingatlah! dalam harta kita, tersimpan juga hak milik orang lain iaitu lah 7asnaf :
1.Fakir 
2.Miskin 
3.Amil 
4.Muallaf 
5.Riqap
6.Gharim
7.Fisabilillah 
8.Ibni Sabil

Selain kita membersihkan harta sekaligus kita akan merasa bahagia membantu dan bersedeqah dengan wang yang kita peruntukkan itu..bahagia dunia, bahagia akhirat juga insha Allah..mudahan..amin ya rabb!

maaf ya..saya cuba membantu anda yang mempunyai masalah kewangan bukan dengan bantuan wang tapi dengan jadual aliran tunai ini supaya anda bisa merancang aliran wang anda dengan lebih baik dan tersusun, iA akan ada jalan keluar dari masalah kewangan jika anda berlatih untuk berdisiplin dan berjimat!

sunnatullah alam, makin banyak anda berjimat dan cermat dalam mengatur wang, anda akan lebih tenang dan sentiasa merasa cukup dengan wang yang anda ada..

boleh rujuk sini jika mahu WANG BEKERJA UNTUK ANDA
 "Anehnya perjalanan masa,namun lebih aneh manusia yang melalaikannya."